Monday, October 31, 2011

REAL STEEL 2011


INTRODUCTION

Beribu-ribu pemuda membanjiri Kolej Universiti Prof. Dr Zulkifli Ahmad, Taman Melewar untuk Ijtimak Tarbawi pemuda PAS Pusat, aku sorang-sorang ahad lepas pi tengok wayang kat TGV Wangsa Walk.. Apa dehal kan.. hehe

Sambutannya not bad laa coz walaupun dah 2 minggu tayangan, panggung tetap full house. Dan ahad aritu ramai gak yang datang bawak family.. Filem bergenre drama aksi dan berdurasi 128 minit ni membuat aku teruja sampai ke habisnya..


Bertitik tolak dari kebosanan manusia terhadap sukan tinju yang pada mereka kurang umpph kerana banyak peraturan yang mengurangkan excitement.. Penonton mahu yang lebih ganas, yang lebih menambah excitement dalam berhibur, maka diciptakan robot bagi mengggantikan manusia bertinju.

Robot yang direka untuk sukan ini dikawal secara komputer oleh pengendalinya.. Namun robot sparring generasi kedua mempunyai kebolehan meniru pergerakan manusia secara mirror. Dan kerana ianya robot sparring, maka ia dicipta untuk lebih ketahanan..


SINOPSIS

Mengisahkan tentang Charlie Kenton (Hugh Jackman), seorang bekas peninju profesional yang terjerumus ke dalam sukan tinju robot setelah bersara. Kerana tidak dapat masuk ke liga utama, dia banyak bertanding dalam liga-liga haram dan kebanyakkannya dia gagal.. haha


Terpaksa menjaga anaknya, Max Kenton (Dakota Goyo) kerana kematian bekas isterinya. Yang mana dia akhirnya "menjual" anaknya kepada kakak bekas isterinya semata-mata untuk membeli robot baru.


Max yang fanatik dalam game dan liga tinju robot menemani ayahnya untuk bertanding dan terjumpa robot versi lama di pangggil ATOM. Mereka bertanding hingga terkenal kerana gaya dan persona robot menari sebelum perlawanan, hingga mencabar juara liga, Zeus.


KOMEN AKU

Walau canggih mana peralatan moden, tetap tak boleh melawan kebijakan manusia..

Aku suka sebab ada drama dalam filem ni.. Walau permulaannya agak mendatar tapi kalau ditonton sampai akhir, I just can say, AWESOME.. Worth it laa kalau nak tengok skali lagi..

Nak tahu kesudahan?? Pi beli tiket wayang dan tonton sendiri haha.. See you again..

2 comments:

Chaoi said...

ak tgk 2x citer ni kat wayang..die selitkan unsur human sense yang tak bleh blah..ada taching2 sket...

PiDoT_OtAi said...

serius ayaq mata bertakung kot time last2 tu.. hehe.. tgh2 dok best sorak.. ada moment of silence n budak n awek dia nangis.. aduss... hati lelaki aku terusik.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK