Thursday, January 5, 2012

AZAM TAHUN BARU AKU 2012

Salam semua..

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 buat semua pembaca blog ni.. Terima kasih kerana terus menyokong blog ntah apa-apa aku ni yang dah tertubuh sejak tahun 2006..


Ok berbalik kepada tajuk posting ni, apa ek azam tahun baru aku tahun ni.. Kalau hangpa masih ingat, tahun lepas aku ada senaraikan 3 azam aku iaitu, aku nak grad, nak ada keja dan nak kurus.. Alhamdulillah aku dah dapat dua dari tiga.. hehe

Bab nak kurus badan ni haih ntah laa.. For your information, aku sudah borderline untuk di diagnos sebagai pesakit hypertension or darah tinggi.. Darah aku last medical check-up for Prudential Takaful Indurance 2 minggu lepas mengejutkan aku.. huhu


Kisahnya Etiqa Takaful insurance dah reject permohonan aku sebab aku obese.. Dan agen insurans aku bagitau aku kena turunkan berat badan supaya BMI aku bawah 40, baru Etiqa akan terima.. Kecewa dengan benda ni aku apply plak untuk Prudential..

Tekanan darah aku agak tinggi hari tu, 140/100.. Doktor siap buat echo dengan apa ntah test, so dia dapati jantung aku agak sikit bengkak menandakan hypertension sedang berlaku dalam tubuh.. Serius aku takut.. Aku tak mau amik ubat coz sekali makan, sampai mati laa aku kena makan ubat..

So doctor bagi aku sebulan untuk kurangkan berat badan.. Hmm awal-awal aritu semangat gak laa.. Tapi mai lani dah tinggal harapan je laa.. So dengan kedatangan tahun baru ni.. Satu jaa azam aku.. NAK KURANGKAN BERAT BADAN SEKURANG-KURANGNYA KEPADA 80kg..


Agak-agak bleh tak?? Hmm.. So nak minta kawan-kawan tolong doakan aku n kalau ada tips or apa-apa cara bleh komen kat posting ni ye..

Huhu cuak balik plak aku bila tulis benda ni.. Aku tak cerita kat sapapun pasal diagnosis doc tu.. Hanya aku n agen insurans aku yang tau.. Hmm.. Tapi hari ni aku rasa aku kena luahkan.. Doakan aku naa..

Aku doakan hangpa semua terus ceria dan bahagia menjalani kehidupan untuk tahun baru 2012 ni.. Ingat walau apapun yang terjadi, HIDUP MESTI DITERUSKAN !!!!

5 comments:

Unknown said...

go otai go...
bg skit lemak hang tu kat apek plz...=)

PiDoT_OtAi said...

hehe makasih mama ziyad..

itu laa kalau laa sesenang tu ja bleh transfer pi kat orang len lemak2 ni hehe

Anonymous said...

API POLYTHERMEX HARDCORE. Semoga bermanfaat

Chot said...

cuba herbalife punya shake!..

YOUNG COOKIES said...

itu laa.. nak try herbalife gak ni.. hehe.. ada suggestion tak??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK