Monday, June 18, 2012

PERUSUH SST 1.0 DIKEHENDAKI PORU

Individu terlibat diminta menyerah diri di Switch berhampiran

Wangsa Maju – Poru mengedarkan beberapa keping gambar individu yang boleh membantu siasatan insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan SST 1.0 di ibu Negara pada Jumaat lalu.


            Ketua Poru, Firdaus Yusoff (gambar) berkata, individu yang terlibat perlu menyerahkan diri di mana-mana  Switch yang berhampiran untuk membantu siasatan.

            “Berdasarkan penelitian gambar-gambar tersebut menunjukkan hanya Ketua Poru sahaja menjadi sasaran. Ianya tidak adil” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Poru Switch Wangsa Maju.

            Keadaan Ketua Poru kini stabil. Beliau dipercayai di baling botol mineral dan dicurahkan air dengan kejam sekali. Walaubagaimanapun Poru-poru yang lain tidak diapa-apakan perusuh.



Gambar Individu Pertama


Individu ini cuba membaling botol mineral ke arah Ketua Poru


Botol mineral tepat ke arah ketua Poru. Terbaiklah..



Gambar Individu Kedua


Individu ini mencurah air dengan kejam di kepala Ketua Poru.


Individu tersebut gelak besar melihat ketua Poru basah kuyup.. keh..keh

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK