Monday, April 22, 2013

SEKITAR HARI PENAMAAN CALON P44 - PARLIMEN PERMATANG PAUH

Umum telah mengetahui bahawa SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi seluruh Malaysia kecuali DUN Sarawak adalah pada 20 Aril 2013 (SABTU) dan tarikh mengundi pula adalah pada 5 MEI 2013 (AHAD).

Jom ikut aku menjenguk sekitar hari penamaan calon bagi parlimen P44 Permatang Pauh dan DUN di bawahnya.


DSAI datang dengan Bas jelajah merdeka dan kenderaan pengiring sekitar jam 8.30 pagi.. Oleh kerana orang ramai sudah bersesak-sesak sejak pagi.. Bas terpaksa di parking agak jauh.. Dan DSAI serta rombongan berarak ke dewan IKBN Bukit Mertajam..


Aku sampai agak lewat, orang ramai ada dah yang balik dan yang menarik makin ramai yang datang.. hehe


Sepanjang perjalanan penuh dengan poster, bendera dan panji-panji Parti yang bertanding..


Gerai-gerai jualan memenuhi hampir sepanjang jalan ke IKBN dari simpang tiga traffic light.


Mak cik dan pak cik ni pun semangat haa mai.. Tabik3.. hehe


Bendera terbesar PAS yang berada disini.. Huih besaq tu haha


 Orang ramai memenuhi ruang depan pintu pagar IKBN..


 Ada yang berdiri dan ada yang duduk.. Masing-masing sabar menanti proses penamaan calon..


Semangat depa ni bawa mai bendera pa suma hehe..


Paling menarik ada anak-anak muda berganti sorak untuk geng Pakatan..


 Aik mcm mana bendera BN ada kat situ hehe..


Aku menanti sampai jam 12 tgh ari.. Nampaknya belum selesai juga.. Aku pun balik.. Haha..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK