Tuesday, September 3, 2013

Ron95 dan Diesel Naik 20 Sen

Malam tadi PM Najib mengumumkan kenaikan harga minyak Ron95 dan diesel sebanyak 20sen berkuatkuasa selepas 12 tengah malam 2 September 2013. Ini selepas khabar angin bertiup kencang di laman FB n wassup bermula petang semalam. Dan lewat petang semalam pengarah KPDNKK sendiri telah menafikan yang kononnya 'khabar angin' ini..

PM Najib mengumumkan langkah ini sebagai langkah merasionalisasikan subsidi kerajaan, dimana kerajaan dapat menjimatkan RM1.1bilion. Dan beliau juga berjanji bahawa kadar BR1M akan dinaikkan dari kadar RM500 sekarang ke angka yang akan diberitahu kelak.

Soalnya bukan 2 kupang ni jadi soal.. Lepas ni percaya laa semua barang akan naik harga ekoran kenaikan harga minyak ni.. Hidup rakyat yang sedia tersepit akan makin tersepit.. Pendapatan boleh belanja rakyat makin berkurang.. Sedang kerajaan dilihat masih boros berbelanja.. Dengan kos perbelanjaan ke luar negara PM Najib dan keluarga sekitar RM40 juta sepanjang 5 tahun memegang kuasa dan puluhan juta lagi untuk menyelenggara kediaman PM di Putrajaya setahun.


Mungkin ini cara baru kerajaan memberi hadiah kemerdekaan kepada rakyat.. Apa boleh buat dah 47% rakyat masih mengundi depa.. Macam kata Dr.Maszlee, 'Minority Tyranny'.. Apapun syukurlah Malaysia masih lagi aman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK