Thursday, November 28, 2013

MYRINGOTOMY & GROMMET

Alhamdulillah wa syukurillah. Allah jua Yang Maha Punya Segalanya. DIA yang memberi sakit dan DIA jugalah yang menyembuhkan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pembedahan hari ni. Ada masalah telinga sikit. 

SIMPTOM
Telinga jadi berdengung, bengang pastu pening2 sket. Jadi dalam sebulan lepaih, dok ulang alik dua tiga klinik biasa, last2 di refer ke pakar ENT di KPJ Ampang Puteri. Doc bgtau ada fluid (hingus dan air) dalam telinga. Diantara gegendang dan koklea dalam telinga. Makan ubat seminggu tak jadi apa jugak, so kena laa wat operation. 

PROCEDURE
Prosedur ni nama dia MYRINGOTOMY & GROMMET. Minor operation. Doc tebuk gegendang telinga, sedut keluar hingus tu, pastu pasang satu tiub kecik untuk keluarkan air sikit2 dari masa ke semasa. Bius full GA, memang aku x sedaq apa. huhu. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dan truih discharge petang ni jugak. 18 Disember nnt akan ada sesi follow up dengan pakar ENT tu balik. Dan tiub kecik ni akan keluar dengan sendirinya.

OPERATION DAY
Malam sebelum hari bedah ni memang aku cuak gila. huhu. Solat hajat n taubat sungguh-sungguh. Dan perasaan dalam dewan bedah memang tak tau nak habaq laa. Pakar bius mai masuk dean bedah, suruh aku mengucap dan selawat, pastu baca fatihah. Takdan nak habis truih aku tak sedaq apa dah. Sedaq2 nurse panggil nama jaa, masa tu dah kat wad dah. Alhamdulillah. Time tu betoi3 rasa pergantungan dan tawakkal hanya pada Allah. Takdak apa dah yang menghalang kita dari dipanggil pulang, tapi alhamdulillah masih panjang umurku. Semoga akan lebih banyak rasa bersyukur lepas ni.


PANTANG
Doc pesan. Pantang makan, NO EGG, NO OILY n NO SPICY. haha mapuh kerah kawe. Pastu NO FLY n NO SWIM for time being until fully recovered. hehe. Kuruih laa aku.. Rasa lagu kena pantang time sunat dolu2 nuu hehe


HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL, NI'MAL MAULA WA NI'MAL NASIR

Alhamdulillah. Sedang menanggung sakit sikit hehe. Kesan ubat bius dah abis, n saki baki air dalam telinga keluar sedikit2 dari masa ke semasa. Semalam mengerang dua tiga kali. Takpa laa, dosa banyak ni, Allah nak kafarah. Syukur2....

4 comments:

Yen87 said...

Assalammualaikom boss..
Thanks kongsi pglaman..
Anak sy pon jdi cam bro.
Skrg doc sruh decide samaada nk operate or nak continue follow up lgi.. byak pulak nak pantang ni.. anak dah la baru 3 tahun..brpa lama take time nak recover yek?

Yen87 said...

Assalammualaikom boss..
Thanks kongsi pglaman..
Anak sy pon jdi cam bro.
Skrg doc sruh decide samaada nk operate or nak continue follow up lgi.. byak pulak nak pantang ni.. anak dah la baru 3 tahun..brpa lama take time nak recover yek?

Unknown said...

Nak tanya, lepas pasang grommet tu, masih berdengung ke telinga?

Unknown said...

Anak operate tak.. kalau operate ok tak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK