Saturday, January 10, 2015

Mengubah MINDSET : PROFIT lawan GROWTH

==============================
Dalam dunia bisnes, ada 2 kategori pemainnya: Peniaga dan Entrepreneur.
==============================

🔻Mindset PENIAGA hanya mahukan PROFIT.

Disebabkan peniaga mahukan profit, mereka berfikir dengan jangka pendek.

Sebagai contoh, mereka sangat fokus kepada SELLING. Ibarat peniaga pasar malam...

Majoriti peniaga pasar malam tidak mempunyai mindset GROWTH.

Pagi-pagi dia pergi ke pasar borong. Petang-petang dia buat SALE. Malam-malam sudah dapat kira berapa PROFIT.

Besok pagi dia pergi ke pasar borong lagi. Dia simpan duit profit. Dia gunakan duit profit bagi membeli rumah sewa.

Makin tahun, rumah sewanya makin banyak. Diri si peniaga itu bertambah kaya.

Berbelas tahun, malah berpuluh tahun, dia masih berniaga di pasar malam.

Bisnes pasar malamnya tiada GROWTH.

🔺Mindset ENTREPRENEUR mahukan GROWTH.

Entrepreneur bekerja kuat atas dorongan mahu mengembangkan bisnesnya dan mahu membesarkan syarikatnya.

+ Dia sendiri hidup sangat sederhana, tetapi syarikatnya kaya-raya.

+ Duit profit tidak digunakan bagi memperkayakan dirinya.

+ Profit syarikat dibelanjakan semula bagi membiayai pelaburan-pelaburan baru demi mencapai target GROWTH bagi syarikat-syarikatnya.

Ahli-ahli lembaga pengarah dalam syarikat yang bagus mahukan supaya syarikat menunjukkan trend GROWTH, GROWTH & GROWTH.

Biar profit cuma 3% setahun, tetapi kadar GROWTHNYA 15% setahun.

Dalam bursa saham, saham syarikat naik apabila syarikat itu menunjukkan trend GROWTH yang sihat.

NOTA: Baca lebih banyak di sini: www.sekolahbisnes.net <--- Percuma!

Sumber : fb Ainon Mohd.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK