Thursday, March 26, 2015

Kisah Pak Amir dan Pari Pari Tasik

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api.

Apabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye
terjatuh dalam tasik tu.

Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.
Pari-pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-pari: "Inikah kapak dkamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak buruk aku."

Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Dan pada hari lain pulak. Pak Amir
berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik.

Pak Amir susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir..
Pari-pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Emma Maembong.
Pari-pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya,itulah isteriku.."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak?"

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma Maembong... kau akan bawakan pula Luna Maya... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...

bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku... Aku yang
miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..."

Hahaha....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK