Wednesday, May 21, 2008

Bush mohon maaf insiden al-Quran

BAGHDAD 20 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush memohon maaf kepada Perdana Menteri Nuri al-Maliki atas tindakan seorang askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak.

Stesen televisyen tempatan hari ini melaporkan, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Bush telah menyampaikan permohonan maafnya kepada Nuri melalui satu panggilan telefon yang dibuat lewat malam tadi.

“Perdana Menteri telah menerima permohonan maaf daripada Presiden AS George W. Bush berhubung insiden askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak,” lapor stesen Al-Iraqia.

Menurut laporan itu, Nuri telah memaklumkan kepada Bush tentang kekesalan dan kemarahan rakyat serta kerajaan Iraq atas tindakan keji askar AS terbabit.
“Bush memberitahu askar berkenaan akan dibicarakan,” lapor Al-Iraqia.
Kabinet Iraq yang bermesyuarat hari ini menuntut askar berkenaan dikenakan tindakan keras dan memberi amaran “tindakan keras” akan diambil jika insiden serupa berulang lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK