Sunday, May 11, 2008

CINTA ITU IBARAT MENUNGGU BAS

This is funny but may be true.......

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang
yg menunggu bas.
Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak
kata pada diri
awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan
pada
diri
awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun
biarkan bas tu
berlalu
dan
awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas
ni buruk
sgt... mesti
tak
selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan." Jadi, awak
pun
biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang
untuk tunggu bas
yang
seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk
bas yg tadi tapi
kali
ni
awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak
panas. Lebih baik
saya
tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan
bas tu berlalu
dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung
dan baru awak
perasan
yg
awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik
dan terus naik bas
yg
datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu
sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah
naik bas yg
salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan
wang untuk
menunggu
apa
yg
awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,
adakah awak dpt
pastikan
bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau
mungkin bas tu
tak
terlalu
sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak
idamkan
tu
memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi
satu peluang pada
orang
lain, kan ?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan
awak, apa yg
perlu
awak
lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas
tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman
yg macam ni. Awak
nampak
sebuah bas datang (tentulah bas yg awak
nanti-nanti kan ), awak
tahan
bas
tu
tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan
pura-pura buat tak
nampak

awak
dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya
macam tu, apa
yang
saya
lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab
setiap kali, awak akan
terjatuh
dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama
ada awak nak
naik
dan
beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada
diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba
melarikan diri
daripada
cinta!


Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik
kereta... hehehehheheheeee.....

(artikel ni aku cilok kat mana pun dah tak ingat dah.. layan je la ek.. hehe)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK