Sunday, May 11, 2008

L.O.V.E IS CINTA I

CINTA : Ungkapan Disebalik Rasa

Ungkapan cinta sememangnya intim dalam kamus kehidupan insan. Namun begitu, bukan bermakna kita sudah mempunyai pengertian yang tepat mengenainya.Akibatnya cinta seringkali disalah tafsiran. Salah tafsiran mendorong kepada salah tindakan.Cinta seringkali menjadi sesuatu yang pedih,adakalanya jijik dan mengecewakan.

Ramai yang kecewa kerana cinta, lalu berderetanlah kubur cinta sepanjang zaman. Lihatlah nisan percintaan yang terukir seperti Romeo dan Juliet, Uda danDara, Laila dan Majnun dan seterusnya. Perasaan fitrah ini sememangnya mengundang perasaan ingin mencintai dan dicintai sesama insan.

Hati memerlukan cinta sama seperti jasad perlukan makanan. Anehnya apa yang kita rasai tidaksemestinya kita fahami. Lalu apakah sebenarnya cinta itu???

Definasi : Cinta adalah perasaan sayang.

Sayang yang terpamir melalui tindakan atau perbuatan.Cinta sebenar perlu dibuktikan, bukan sekadar pendaman rasa atau luahan kata. Namun praktikal "Love Is A Verb" ini sangat terbatas bila hubungan cinta dijalinkan sebelum perkahwinan.

Jika dicuba juga mempraktikkanya besar kemungkinan cinta itu membawa kepada perbuatan terlanjur lalu melanggar hukum cintadari Allah.

Cinta dan Penciptanya : Rujukan kita

Untuk mengetahui segala-galanya tentang cinta, manusia perlu merujuk kepada Pencipta cinta itu sendiri,yakni Allah s.w.t. Tuhan mencipta cinta maka Dialah yang Maha Mengetahui sifat dan rahsianya. Cinta itu indah kerana dicipta oleh Yang Maha Indah.Sabda Rasulullah s.a.w. "Allah itu indah dan cintakan keindahan" (mafhum hadis).

Bukan sahaja indah, cinta yang diciptakan Allah ini bertujuan untuk menyelamatkan, mententeramkan dan membahagiakan manusia. Tidak kira sama ada dalam komunikasi antara manusia dengan Tuhan atau sesama manusia. Cinta adalah perantaraannya.

Tegasnya cinta mempunyai fungsi dan natijah yang sangat besar dalam kehidupan. Disamping itu juga, Allah mengurniakan hukum cinta yang mesti dipatuhi demi mencapai maksud penciptanya. Dengan "hukum" itu, Allah mengatur agar cinta sentiasa selamat dan menyelamatkan.Begitulah cinta dalam Islam, ia mempunyai kaedah dan peraturan demi kemurnian dan kesuciannya.

Selagi manusia berpegang kepada peraturan ini, selagi itulah cinta terpelihara dalam sifat fitrahnya yang asal, yakni murni, indah dan mententeramkan. Sebaliknya, jika peraturan ini dilanggari, cinta akan bertukar menjadi kotor, jijikdan menyeksakan.

Peraturan : Sebuah jaminan.

Untuk menjamin keindahan percintaan itu, maka peraturan dan hukum Allah perlu dijaga.Peraturan pertama yang perlu dipatuhi ialah "cinta itu mesti dibina atas dasar cinta Allah".

Cinta ialah sesiapa pun tetapi mestilah kerana Allah. Namun,meletakkan cinta hanya kerana Allah tidaklah menghalang meletakkan cinta kepada yang lain.Apa tandanya kita mencintai seseorang atasd asar "cinta Allah" ??

Pertama, mestilah dipastikan kecintaan itu tidak melebihi cinta kepada Allah. Kita akan sentiasa mendahulukan kehendak kecintaan utama kita(Allah) daripada kehendak "kecintaan-kecintaan"kita yang lain.

Kedua, cinta itu mestilah tidak melanggar batas-batas syariat. Jangan cinta menyebabkan kita berdosa kerana tidak melaksanakan apa yang diperintahNYA dan melanggar apa yang dilarangNYA.

Apabila dua syarat ini dilanggar, maka cinta tidak akan murni dan berkekalan lagi. Inilah punca patahnya cinta selepas perkahwinan. Tetapi sekiranya dua hukum cinta ini dipatuhi maka disinilah pula letaknya keindahan cinta selepas perkahwinan.

(Terus Ikuti Fokus Cinta II, III & IV)<^Fokus Cinta II^>Merubah CINTA Budaya

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK