Wednesday, May 21, 2008

Mahathir hanya meneruskan tradisi bekas presiden Umno - Tuan Ibrahim

Basiron Abdul Wahab
Wed May 21, 08 10:45:04 am MYT

TEMERLOH 21 Mei (Hrkh) - PAS Pahang menyifatkan tindakan Dr Mahthir keluar Umno adalah kesinambungan tindakan bekas-bekas presiden parti itu terdahulu.-->-->
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato� Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebelum Mahathir, presiden Umno terdahulu seperti Dato� On Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan Tun Hissein Onn semuanya meninggalkan Umno pada penghujung usia mereka.
"Presiden Umno memang begitu, Tun hanya meneruskan tradisi bekas-bekas pemimpin Umno lakukan selepas meninggal kerusi no, 1," katanya ketika ditemui di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Pahang.
Beliau percaya, tindakan Tun Mahathir itu mempunyai kaitan rapat dengan masalah dalaman Umno pasca pilihan raya umum 8 March lalu yang mengecewakan beliau (Tun Mahathir) sehingga membuat keputusan drastik meninggal Umno yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.
"Tindakan Tun Mahathir itu pastinya mempunyai kaitan dengan isu dalaman parti itu selepas pilihan raya di mana Tun ingin melihat perubahan kepimpinan di dalam parti sedangkan presiden Umno berkeras mahu terus kekal," ujarnya.
Tuan Ibrahim yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagaimanapun mengalu-alukan tindakan tegas Tun Mahathir meninggalkan Umno dan mempelawa bekas ahli Umno yang mengikuti jejak Tun menyertai PAS.
"Mereka tidak harus berumbang-ambing tanpa parti selepas meninggalkan Umno, mereka harus menyertai mana-mana parti politik sedia ada atau menubuhkan parti baru bagi mengisi agenda perjuangan masing-masing.
"PAS Pahang membuka ruang seluas-luasnya kepada penyokong Tun Mahathir yang ingin meninggal Umno untuk meneruskan agenda perjuangan melalui wadah Islam," katanya. - mns

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK