Wednesday, May 21, 2008

Persepsi kononnya jika pembangkang memerintah tidak maju telah berubah - Mujahid

Hashim Abdullah
Wed May 21, 08 10:48:12 am MYT

TEMERLOH, 21 Mei (Hrkh) - Persepsi rakyat terhadap tomahan pemimpin Umno dan Barisan Nasional selama ini kononnya negeri dan negara tidak akan maju jika diperintah PAS dan Pakatan Rakyat telah berubah selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, kata Ahli Jawatan kuasa PAS Pusat, Ustaz Mujahid Yusof Rawa. -->-->
Berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh, di Darul Amin, Sungai Gau, dekat sini, Ahad lalu Mujahid berkata, keputusan pilihan raya lalu memperlihatkan rakyat di negeri-negeri maju menaruh keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah harapan baru kepada pemerintahan yang diidamkan berbanding pemerintahan Umno/BN yang korup dan tidak berjiwa rakyat.
"Negeri-negeri yang PAS dan Pakatan Rakyat menang adalah negeri-negeri yang termaju dalam negara. Ini menunjukkan rakyat yang maju pemikirannya nampak kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat boleh menjaga negeri dengan lebih baik berbanding pemimpin Umno BN yang sangat bermasalah apatah lagi selepas kalah pilihan raya.
"Rakyat sekarang sudah tak takut dengan tomahan kalau menyokong pembangkang tak maju. Sekarang negeri maju kesemuanya sokong kita. Kalau mereka kata sokong pembangkang negeri tak maju itu satu pembohongan," katanya.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menambah masa depan Pakatan Rakyat untuk menguasai pemerintahan secara menyeluruh sangat cerah kerana tahap kesedaran rakyat semakin tinggi setelah banyak nilai-nilai kebajikan dihulurkan oleh pemerintah negeri-negeri Pakatan Rakyat berbanding pemerintahan BN sebelumnya.
"Rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kini memperolehi banyak kebajikan yang selama ini tidak dinikmati semasa BN berkuasa. Inilah azam kita untuk jaga rakyat, jaga amanah kerana kita ada tanggung jawab," katanya. - mns

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK