Tuesday, June 10, 2008

10 MITOS kerajaan Pak Lah al-Koridori dalam menangani krisis harga minyak, baran

Oleh zainulfaqar"

OLEH: Zainulfaqar Yaacob

APABILA berlaku kenaikan harga minyak domestik, harga barang-barang asasi (kawalan/keperluan)juga turut melambung naik. Natijahnya, kos hidup rakyat meningkat. Inflasi* negara naik hatta 4.2%.

Bertitik tolak pada kondisi ini, semua media arus perdana milik Media Prima (UMNO/BN) mulalah memukul gendang propaganda, kononnya disflasi^ boleh berlaku jika kerajaan dan rakyat masing-masing memainkan peranan secara berhikmah, bersabar dan bertanggungjawab.

Media-media arus perdana tersebut (terutama TV3) mulai zoom pandangan simplistik daripada kaum akademia jadian hatta Pak Mat, Pak Ngah, Minah Senget, Sharip Dol dll di stesen minyak di ibu negara.

Kesempatan ini, Penulis ingin membongkar 10 Mitos yang diperkenalkan oleh kerajaan cartoon Pak Lah dan KPDN HEP berhubung cara-cara kerajaan Malaysia menangani kenaikan harga minyak/barang asasi dan inflasi 4.2% negara.

MITOS 1: Mengawal permintaan

Setakat ini, kerajaan pernah mencadangkan rakyat mengurangkan makan nasi setiap hari. Kerajaan juga mencadangkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Dengan berbuat demikian, mampu mengekalkan jumlah/kadar permintaan yang munasabah.
Apabila permintaan kekal atau malar bermakna permintaan satu-satu barang atau perkhidmatan tidak melebihan kadar menawaran. Langkah ‘Mengawal Permintaan’ ini kononnya boleh Disflasi^!

Hujah saya: Minyak adalah keperluan asasi manusia. Begitu juga makanan. Keperluan ini secara semula jadi akan meningkat kerana populasi rakyat dan kenderaan juga kita meningkat.
Peningkatan harga barang makan asasi (spt:beras) dan minyak mustahil naik, kecuali dorongan oleh pihak-pihak tertentu.

Ini kerana minyak dan barang makanan berpotensi untuk mendapat keuntungan lebih tinggi. Rakyat tentu akan membeli kerana ia barang keperluan asasi.

Maka, kerajaan sepatutnya bukan mengawal permintaan (seperti: minyak & beras), tetapi mengawal kaum capitalist dari memonopoli dan menaikkan harga barang-barang tersebut sesuka hati. Tidakkah kita melihat langkah ‘mengawal permintaan’ ini adalah suatu MITOS semata-mata?

MITOS 2: Mengawal bekalan

Setakat ini, kerajaan telah menetapkan harga barang-barang kawalan secara piawaian. Harga petrol RM2.70 per liter. Harga gula kasar, RM1.45 per kilo. Harga tepung gandung, RM1.35 per kilo.

Roti, RM80/g. Harga ayam, RM6/6.70 per kilo. Minyak masak, RMRM3.30 per kilo. Sebenarnya banyak lagi, sila rujuk portal KPDN HEP.

Maksud mengawal bekalan ini termasuk (1)peningkatan produktiviti satu-satu barangan atau perkhidmatan; (2)memperbaiki jaringan pengedaran/pasaran/perdagangan; (3)mengimport bahan mentah; (4)mengurangkan pembaziran kos seperti pemberian rebet dan subsidi kelompok; dan (5)menguatkuasa undang-undang kawalan harga.

Terbaru, kerajaan mula mewujudkan suatu tabung simpanan keselamatan (food security plan) yang memperuntukan RM4 Billion. Langkah ‘Mengawal bekalan’ ini kononnya boleh Disflasi^!
Hujah saya: Kerajaan kata mereka mengawal bekalan. Namun, bekalan barang asasi tetap naik jika kita pergi di pasar-pasar tani belakangan ini.

Apabila dicermati, kaum peniaga/pedagang, pemborong, petani/pesawah,pembekal masing-masing berdepan dengan inflasi* yang tinggi dalam negara. Mereka juga tiada banyak pilihan kecuali menaikkan harga jualan demi mengelakkan liabiliti kerugian kos.

Kerajaan pula terus memerangi kelompok-kelompok ini dengan penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961. Compound dll akan menjadi ‘surat cinta’ kepada kaum-kaum ini.
Cukup pelik cara kerajaan ‘mengawal belakan’; iaitu dengan terus menekan kaum-kaum di atas yang sedang bertarung hidup dengan inflasi 4.2% tersebut.

Sebenarnya kerajaan bukan mengawal harga barang, tetapi mereka sedang menindas kaum-kaum tersebut secara berperundangan.

Pada hal apa yang kaum-kaum tersebut lakukan ini adalah suatu implikasi atau natijah oleh peningkatan inflasi negara. Setiap natijah ini tentu ada puncanya – ‘akar masalah’.
Jika benar kerajaan mahu mengawal bekalan, cuba kenal pasti ‘akar masalah’ tersebut sedalam-dalamnya.

Bukan hanya terus menghimpit kaum (1)pengguna peniaga/pedagang, (2)pemborong, (3)petani/pesawah, (4)pembekal, dan (5) pengguna sendiri dengan penguatkuasaan, ’surat cinta’ dll kerana mereka semua masing-masing adalah rakyat marhaen Malaysia.

Salah satu ‘akar masalah’ nya adalah peningkatan harga diesel-petrol domestik negara. Maka, ‘akar masalah’ ini seharusnya diuruskan sebaik mungkin agar rakyat marhaen boleh menikmati hidup di Malaysia.

Tidakkah kita melihat langkah ‘mengawal permintaan’ ini adalah suatu MITOS semata-mata?
MITOS 3: Memperkenalkan polisi ekonomi makro

Setakat ini, kerajaan telah pun memperkenalkan beberapa polis. Polisi tersebut adalah (1)pengenalan sistem cukai; (2)free trade zone; (3)pengenalan belanjawan nasional, (4)pengurusan kos perkhidmatan-pentadbiran kerajaan/negara; dan (5)menentukan halatuju pembangunan nasional.

Sebagai contoh, pengenalan Surat Perjanjian Keizinan (AP) bagi kereta-kereta luar negara; (2)contoh, Zon Bebas Perdagangan Pelabuhan Klang (PKFTZ); (3)contoh RMK9; (4) Badan berkanun Lembaga Letrik Negara (LLN) diwastakan atau menjadi GLC dengan nama baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau pengenalan subsidi kelompok atau rebet; dan (5) pengenalan DEB, DPN, Dasar Pertanian III dll.

Hujah saya: Kita tidak ada masalah dalam pengenalan polisi ekonomi makro sebagaimana di atas. Cuma kita melihat banyak masalah apabila sistem ini diisi oleh kaum kapitalisme dalam negara.

Apabila TNB diswastakan, tarif elektrik semakin meningkat, namun liabiliti pengurusan juga semakin kronik. Setiap tahun, TNB membayar RM4 Billion kepada lebih 5 syarikat penjana bebas (IPP) - YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen.

Jumlah tunggakan bil elektrik pengguna RM2.3 Billion. Lebih mengejutkan adalah RM1.12 Billion oleh sektor kemersial/industri. Rayat jika tertunggak RM200, dipotong bekelan elektri, namun Perwaja Steel Sdn. Bhd. hutang lebih RM254.33 JUTA dibiarkan sahaja.
Selain itu TNB juga memperuntukan Modal belanjawan sebanyak RM6.6 Billion per tahun, namun purata keuntungan yang diperoleh hanya RM1.5Billion.

Segala contoh di atas adalah antara rekod pengenalan polisi ekonomi makro. TNB telah bail-out disebabkan memelihara anak syarikat yang sah capitalist dan dihimpit oleh liabiliti kos pengurusan yang teruk.

Akhirnya, beban bail-out ini dipindahkan ke pundak rakyat melalui pengenalan polisi ekonomi makro yang baru – disebut sebagai tarif elektrik yang terus naik dan membebankan rakyat. Tidakkah kita melihat langkah pengenalan ‘polisi ekonomi makro’ ini adalah suatu MITOS semata-mata?

MITOS 4: Rakyat jangan membeli barang/perkhidmatan ketika kos tinggi

Secara konseptual, saranan kerajaan ini sangat baik. Baik khususnya bagi lapisan masyarakat yang kaya raya dan gemar barang-barang yang berjenama. Rakyat miskin bukan tidak ada, namun sangat sedikit bilangannya yang gemar boros dll. Seruan ini ada baiknya dalam beberapa keadaan sahaja.

Hujah saya: Isu pokok sekarang ini adalah barang/perkhidmatan yang menjadi keperluan rakyat sendiri melambung tinggi. Jika barang/perkhidmatan tersebut bukan dalam senarai keperluan, tidak apa. Dengan (purata) pendapatan rakyat Malaysia amnya RM1800 sebulan; tidak cukup untuk menampung kos hidup yang kian meningkat. Kita boleh lihat senarai barang kawalan. Kita boleh menghitung sendiri, kos pergi balik kita ke pejabat dengan minyak sendiri dll.

Sepatutnya kerajaan perlu menyeru rakyat supaya jangan makan kerana bahan makanan sangat tinggi. Jika sakit kronik, tidak perlulah ke hospital kerana kos perubatan tinggi. Bayi kecil cukuplah minum teh ‘o’ kerana harga susu tepung mahal.

Kita tidak perlu berkenderaan ke kerja (termasuk naik pengangkutan awam) kerana kos kenderaan memerlukan minyak dan minyak harganya mahal dll.

Oleh kerana semua barang/perkhidmatan keperluan asasi rakyat mahal, kita jangan membeli dll. Betulkah begitu?

Tidakkah kita melihat langkah kerajaan menyeru ‘rakyat jangan membeli barang/perkhidmatan ketika kos tinggi’ ini adalah suatu MITOS semata-mata?

MITOS 5: ‘Ubah Cara Hidup Kita’

Pak Lah dan Najib baru-baru ini ada menyeru rakyat ‘Ubah Cara Hidup Kita’. Memang rasional saranan tersebut.

Jika kita, rakyat biasa bergaji RM1800 per bulan, kita tidak boleh lagi hidup macam seorang CEO yang gajinya RM5-10 Ribu. Tambah-tambah, kos bahan bakar domistik turut meningkat. Harga barang keperluan asasi juga meningkat.

Hujah saya: Sebenar bukan kita (rakyat marhaen) sahaja yang perlu ubah cara hidup. Kerajaan, menteri, MP, ADUN dan pihak-pihak berwajib yang menguruskan kekayaan negara juga perlu ubah cara hidup – belanjawan negara untuk keperluan rakyat, bukan memelihara kaum kapitalisme.

Gaji minima PM RM56,753.84 per bulan. Gaji minima TPM adalah RM33,075.35 per bulan. Melancong sana sini. Ada jet peribadi. Rompak komisyen dalam pembelian senjata dll.
Rakyat? Purata gaji minima adalah RM1800 sebulan. Tuntutan gaji minima RM900 ditolak dll.

Rupa-rupanya seruan ‘Ubah Cara Hidup Kita’ ini hanya patut dilaksanakan oleh rakyat marhaen sahaja. PM, TPM, Menteri-menteri boleh terus boros menghabiskan dana negara dengan elaun dan gaji yang sangat mewah dan tidak munasabah.

Tidakkah kita melihat langkah kerajaan menyeru ‘Ubah Cara Hidup Kita’ ini adalah suatu MITOS semata-mata?

MITOS 6: ‘Beli jika perlu, bukan jika mahu’

Seruan ini akan mendorong rakyat hanya membeli barang keperluan. Secara tidak langsung kita akan menguruskan belanjawan kita secara berhemah. Rasionalnya, seruan ini memang relevan.
Hujah saya: Walaupun seruan ini rasional dan relevan, namun perlu diingat harga rata-rata barang keperluan hari ini meningkat.

Terma ‘beli jika perlu’patut ditukar pada ‘beli barang keperluan jika ada duit kerana kebanyakan barang keperluan juga sangat mahal harganya.

Tidakkah kita melihat langkah kerajaan menyeru ‘Beli jika perlu, bukan jika mahu’ ini adalah suatu MITOS semata-mata?

MITOS 7: Banding harga sebelum membeli

Hujah saya: Tidak perlu dibanding-bandingkan harga. Kerana harga petrol memang naik Rm0.78 per liter lagi manakala harga diesel juga telah naik RM1 per liter. Kerana kenaikan harga bahan bakar ini, kita telah lihat semua barang asasi juga naik harga kerana kaum peniaga, penternak, petani, pesawah, pemborong, kakitangan kerajaan/swasta dll masing-masing berdepan dengan inflasi 4.2% yang sama.

Jika kita mahu banding juga, cukuplah kita bandingkan cara kita berbelanja dan cara PM, TPM, Menteri berbelanja (menghabiskan duit negara).

Tidakkah kita melihat langkah kerajaan menyeru ‘Bandingkan harga sebelum membeli’ ini adalah suatu MITOS semata-mata?

MITOS 8: Beli di kedai beretika sahaja

MITOS 9: Rakyat sebagai agen kepenggunaan (consumerism) kepada kerajaan

MITOS 10: ‘membaiki yang lama, lebih baik dari memberi yang baru’

Untuk tiga MITOS terakhir ini, Penulis pulangkan kepada pembaca untuk lengkapkan di bahagian komentar.

Apa kata MAHASISWA dan RAKYAT berhubung mitos-mitos di atas ini? –END
——————————

* INFLASI adalah suatu keadaan ekonomi domestik/global di mana berlaku kenaikan harga makanan, barangan dan perkhidmatan/keperluan asasi secara berterusan. INFLASI juga adalah suatu fenomena ekonomi di mana berlaku kejatuhan kuasa belian mata wang @ nilai mata wang negara jatuh.

INFLASI ini berpunca oleh 3 faktor utama.

PERTAMA, ‘inflasi tarikan permintaan’ @ apabila kadar permintaan melebihi kadar penawaran.

KEDUA, ‘inflasi tolakan kos’ @ kos produktiviti/pengurusan meningkat.

KETIGA, ‘inflasi tarikan harga’ @ spekulasi dan desakan untuk menaikan harga barangan/perkhidmatan oleh pihak-pihak tertentu yang memonopoli satu-satu sektor asasi (contoh: kaum kapitalis, syarikat mega (MNC) dan oligopoll).^

DISFLASI adalah suatu suasana ekonomi domestik/global di mana berlaku penurunan kos hidup rakyat disebabkan harga makanan, barangan dan perkhidmatan/keperluan asasi yang kian menurun pada tahap minima.

Maksud mudah disflasi adalah lawan pada maksud inflasi."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK