Thursday, August 7, 2008

Anwar jadi Ketua Pembangkang jika menang

Harakahdaily Thu Aug 07, 08 11:21:25 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Pakatan Rakyat bersetuju melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang jika beliau memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Iklan





Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat semalam.
"Kami bersetuju bahawa sekiranya Anwar memasuki Parlimen, beliau akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bermula 27 Ogos ini,"katanya semasa membacakan kenyataan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Menurutnya, jika Anwar tidak dibenar ikat jamin atau ditahan hari ini, maka Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar dan juga presiden Parti Keadilan Rakyat akan bertindak sebagai penyelaras majlis pimpinan ini.
"Kami bersetuju sepenuhnya dengan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang (bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh) dan kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan sokongan penuh kepada beliau,"ujarnya.
Kenyataan itu ditandatangani oleh beliau, Wan Azizah (KeADILan), Dato' Husam Musa (PAS) dan Karpal Singh (DAP). - mks._

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK