assalamualaikum semua..
maaf laa pasal plan raya tu.. aku still tak dapat nak bg tentatif yg konkrit.. tp insya Allah.. kalu dah confirm aku akan mesej hangpa semua..
sempena dah nak sambut raya ni.. aku nak minta ampun minta maaf kalau2 aku ada wat salah n silap sepanjang kita pernah berkenalan ni.. yg zahir yg batin yg nampak yg tak nampak.. semua2 laa.. apa2 aku hutang ka atau termakan apa lebih kurang nu aku minta tlg dihalalkan k.. kalu nak tuntut kita jumpa hari raya nanti..
maaf coz wish awai coz aku balik pg nu.. n kat umah takdak internet hehe.. so jgn marah haa.. dan jgn pula kita lupa pada baki Ramadhan yg tggl tak berapa hari ja lagi ni.. sudahkah kita menjadi orang ya Allah janjikan :mudah mudahan kamu menjadi orang yg bertaqwa"?? sama2 kita koreksi diri dan berdoa banyak2 agar segala amaln kita Allah terima.. dan semoga Allah sampaikan kita pada Ramadhan yg seterusnya..
dan sempena nak raya ni juga nak bg ingatan untuk diri sendiri n kawan2 agar kita bersederhanalah dalam menyambutnya.. seorang ulamak tasawuf memberi definisi hari raya dgn kata2 yg cukup mudah iaitu "Hari dimana seseorang itu tidak melakukan dosa dan maksiat pada Allah, maka itulah hari raya"..
jgnlah kita menjadi orang yg tertipu dgn berbelanja berlebihan ketika menyambutnya.. dan yg amalan yg sebenarnya dituntut pada malam raya adalah bertakbir sepanjang malam (sambil gantung langsir baru tu bertakbir pun takpa), berqiamullail n tahajud serta mendengar tazkirah raya, bermaafan sesama ahli keluarga, ianya seperti mana amalan Rasulullah n para sahabat serta para ahli slafus soleh.. bukannya melayan tv dari satu filem ke satu filem dan drama ke drama yg mmg hangat diiklankan sekarang..
dan kemudian sesudah solat raya,dituntut kita berkunjung2 dan saling bermaaf maafan sesama kita.. dan orang wajib didulukan adalah tok2 guru, guru2 mengaji kita, guru2 kita, sanak saudara kita dan kawan2 mak ayah kita (sekiranya mereka telah tiada).. ni kita terbalik,pagi2 raya pi umah tunang dulu hehe.. dan bukan melayan crita sarkas atau magik sampai tetamu mai pun wat tak reti jaa..
jgnlah setelah sebulan kita train nafsu kita dan kita lepaskan semahunya pada hari raya dgn makan berleihan.. makan sekadar mengambil hati tuan rumah.. jgnlah semua juadah yg dihidang nak dijamah.. maunya tak kembung perut tu (alamak kena kat diri sendiri ni hehe).. berpada2lah dalam kita menyambut "hari kemenangan" ni
k sampai situ jaa kot.. insya Allah kita jumpa time prog jalan2 raya 08 nnt.. hehe
seikhlas hati setulus budi
PIDOT
Ya Allah moga segala pahala amalan ku diterima..
No comments:
Post a Comment