Friday, October 31, 2008

Petrol, diesel turun 15 sen mulai esok

Harakahdaily
Fri | Oct 31, 08 | 5:49:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Kerajaan sebentar tadi mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.
Iklan




Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.

Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya.

Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). - mks._

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK