Monday, December 29, 2008

AHLAN WA SAHLAN MAAL HIJRAH 1430..



Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam pembuka bicara.. Salam perpaduan.. Bait-bait lagu dibawah ini, pasti kita akan sering dengar tatkala tahun baru hijrah menjelma.. Namun sejauh mana kita menghayatinya??

“1 MUHARRAM DETIK PERMULAAN,
PERKIRAAN TAHUN ISLAM HIJRAH,
PERPINDAHAN NABI DAN UMAT ISLAM,
DARI KOTA MAKKAH KE KOTA MADINAH,
ATAS KEYAKINAN DAN IMAN YANG TEGUH,
KAUM MUHAJIRIN DAN ANSAR BERSATU,
RELA BERKORBAN,
HARTA DAN NYAWA,
DEMI MENEGAKKAN ISLAM TERCINTA”… dan seterusnya

Jika kita semak al-Quran, ada 30 ayat yang mengceritakan akan perihal hijrah dan salah satunya ialah apabila Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 218 yang bermaksud

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah, serta orang yang berjihad dijalan Allah, maka merekalah orang-orang yang mengharapkan rahmat dari Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengmpun lagi Maha Penyayang”

Dalam ayat diatas, Allah menegaskan bahawa orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah itu ada 3 golongan iaitu mereka yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah.. Konteks Hijrah perlu dilihat dalam skop yang lebih luas yang tidak hanya bermaksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, malah berubah dari berbuat perkara yang kurang baik kepada yang baik atau dari yang baik kepada yang lebih baik.

Dan kita pasti tertanya-tanya mengapa Sayyidina Umar al-Khattab memilih tarikh permulaan perkiraan tahun hijrah adalah pada tarikh nabi berhijrah?? Kerana disitulah kemuncak plot dalam dakwah Baginda. Ditengah2 kacau bilau dengan musyrikin nak bunuh nabi, dengan Islam ditekan di Makkah, maka penghijrahan itu menjadi titik tolak perubahan kepada penerimaan Islam yang sepertimana kita perolehi sekarang ni. Oleh kerana itu, tarikh penghijrahan nabi dan abu bakar as-Siddiq yang juga bersamaan dengan 16 Julai 622 M telah dipilih sebagai tarikh permulaan tahun hijrah. 1 Muharram tahun 1 Hijrah.

Dan kalau kita lihat mengapa perkiraan bulan berasakan Qamariyah (bulan) lebih baik dari Syamsiyah (matahari). Antaranya kerana ianya adalah ketetapan Allah, dan oleh kerana ketetapan Allah maka ianya sesuai dengan fitrah manusia. Sebagai contoh, jika pada tahun ini kita menyambut bulan puasa pada 1 September , maka tarikh puasa pada tahun hadapan ialah 11 hari lebih awal.. dan setiap 3 tahun ia akan menjadi sebulan. Dan umat Islam di hemisfera Selatan seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan sebagainya tidak akan selamanya berpuasa pada waktu panas yng siangnya panjang. Dan kita tengok pulak Hari Krismas yang disambut pada 25 Disember setiap tahun, dan katalah umat kristian di pantai timur, setiap tahun pada waktu itu adalah musim tengkujuh dan banjir di pantai timur. Jadi sedia2 makhluk tu sambut Krismas dalam Bah air hujan.. Nampak betapa hebatnya ciptaan Allah??

Dan antara intipati yang dapat kita ambil dari peristiwa hijrah ialah setiap tindakan kita memerlukan strategi dan perancangan. Kita lihat bagaimana nabi keluar dari Makkah pada waktu malam, dan mengambil jalan jauh yang tidak dilalui orang,bersembunyi dahulu di gua Tsur, meminta Asma’ binti Abu Bakar memadamkan kesan tapak kaki mereka dengan membawa gerombolan kambing. Ini menunjukkan bahawa Nabi bukan pi saja2, Baginda buat perancangan dulu. Yang keduanya, ialah semangat jihad orang muda. Kita tengok macam mana sanggupnya Sayyidina Ali Karamallah hu wajhah menggantikan tempat tidur nabi. Yang mana kalau dalam bahasa kita sekarang adalah ibarat pi tunggu mati la,dengan orang musyrikin dok kepung nak bunuh nabi, maka confirm mati punya. Yang seterusnya ialah berkasih dan saying kerana Allah.. Kita tengok macam mana kaum Ansar sanggup berkorban dan berkongsi segalanya kepada kaum Muhajirin yang datang sehelai sepinggang. Sampai ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk dikahwinkan kepada saudaranya dari kalangan kaum Muhajirin.

Semua ini menggambarkan bahawa Islam itu cantik, syumul dan sesuai sepanjang masa.. jadi marilah kita sama2, ingatan untuk diri sendiri juga, kembalilah kita kepada ajaran Islam. Dengan cabaran yang dihadapi umat Islam masa kini cukup kuat. Mana dengan Islam plural, Islam Liberal, fahaman Wahabi dan sebagainya, dan setelah sekian lama Islam dihina sejak kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah pada 1942, Islam terus dihina dan dihina.. Marilah kita bersatu kearah menuju Mardho tillah.

Salam Tahun Baru Hijrah 1430

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK