Kerana keimanan, ketaqwaan, keikhlasan itu perlu dicari dan bukan untuk dinanti.Milik Allah jualah apa yg ada di langit dan di bumi...
Jika terasa diri pandai,
Ingatlah bahawa Allah yg jadikan kita aqal yg sempurna dan tiada cacat cela,
Kalaulah Allah tarik nikmat ni, sekelip mata boleh hilang ingatan atau hilang warasnya akal fikiran,
Jika rasa diri baik,
Ingatlah hidayah itu milik Allah,Bila2 saja boleh ditarik dan boleh diberi kpd siapa saja yg Allah kehendaki,
Jadi jgn cepat menghukum manusia kerana kesilapan mereka,
Sebaliknya doakanlah mereka moga pintu hidayah itu terbuka utk mereka.
Jika rasa diri cantik,
Jangan dihina org yg kekurangan,
Brgkali imannya jauh lebih baik,
Kerana Allah tidak menilai keindahan paras rupa,tetapi ketinggian iman & taqwa
Jika rasa diri banyak duit,
Jgn sesekali angkuh dgn kekayaan,
Sebab apa yg kita ada skg ni hanyalah pinjaman Allah untuk mempersiapkan bekal kita di akhirat,
Org yg kaya ialah org yg cukup bekalnya utk ke alam barzakh,
Jika sejam lagi kita akan ke sana cukup kah bekalan kita?????
Jika hati ingin mencintai insan yg dikagumi,
sudahkah hati itu dipenuhi dgn kalimah yg membesarkan ilahi,
Layakkah insan memenuhi jiwa kurniaan ilahi sedangkan haknya ILAHi diabaikan..
Berpesanlah pada hati supaya sentiasa mengingati mati sebab kita tak tahu sampai bila kita akan boleh hidup lagi...
Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali org2 yg beriman, mengerjakan kebajikan sertaberpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan2 kpd kesabaran..Surah AL-ASR
No comments:
Post a Comment