Sunday, January 18, 2009

KEPUTUSAN PRK P.035 : KUALA TERENGGANU

MENANG... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat tangan calon partinya, Mohd Abdul Wahid Endut (kiri) selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri di sini, hari ini.


Keputusan rasmi

BN: 30,252
PAS: 32,883
BEBAS: 193

MAJORITI: 2631


KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.35 malam, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi.

Seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Undi rosak 665.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar. Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.


SUMBER : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm


Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan di Stadium Negeri - pusat penjumlahan undi pada pukul 9.30 malam tadi.

Hanya Mohd Abdul Wahid yang berada di dewan ketika keputusan tersebut diumumkan. Dua calon lagi yang bertanding tidak kelihatan.

Calon BN berada di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.


Mengenai isu yang hendak dibawa ke Parlimen, Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam selama lima penggal berkata, beliau akan menumpukan kepada isu royalti minyak kepada Terengganu dan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Sementara itu, di luar tempat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini, kira-kira 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk meraikan kejayaan pemimpin mereka.

Tinjauan mStar Online mendapati penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat meraikan kemenangan itu di pusat bandar dengan mengibarkan bender PAS.

Anggota polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd, Aziz Mohd. Yusof berkata, peratusan yang keluar mengundi pada hari ini adalah sebanyak 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar.

Kata beliau, ia merupakan sedikit penurunan berbanding peratusan keluar mengundi 81.92 peratus pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, keputusan di beberapa pusat mengundi sedang dibawa masuk ke pusat pengiraan undi di Stadium Negeri, di sini.


SUMBER : http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/18/mstar_mutakhir/20090117074141&sec=mstar_mutakhir

1 comment:

PiDoT_OtAi said...

kalah menang adat pertandingan.. cumanya diharapkan yg menang dapat menjalankan amanah yg diberi yg rakyat percayakan atas bahu anda.. yg kalah jgn susah hati kerana peluang anda utk berbakti masih terbuka luas.. hehe.. apa pun tahniah pada calon PAS tuan haji abdul wahid endut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK