Saturday, January 10, 2009

PRK 2009 : PRO-M vs EVO-M aka OREN vs MERAH

Sepertimana hangatnya Pilihan Raya Kecil P.036 : Kuala Terengganu begitu jualah hangatnya Pilihan Raya Kampus sesi 2009/2010 sedang berlangsung sekarang.. Para mahasiswa yang merasakan mereka punya visi dan misi untuk sama-sama dikongsi dengan mahasiswa yang lain telah tampil untuk mencalonkan diri mereka sendiri dalam pilhan raya kampus kali ini. Dimana pilihan raya yang sepatutnya diadakan pada semester lepas telah ditangguhkan atas beberapa sebab. Dan hanya beberapa buah universiti sahaja telah menjalankan pilihan raya pada semester lepas.. Dan pada semester ini mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia akan menggunakan hak mereka bagi memilih calon yang akan menjadi wakil mereka dalam menyuarakan hak serta pandangan mahasiswa..


Dan pada kali ini kejutan dari pihak pro-aspirasi yang mana mereka telah menjalani proses 'rebranding' dan menggelar diri mereka 'EVOLUSI MAHASISWA' dan bertemakan warna merah. Dan seperti biasa mereka ini akan ditentang hebat oleh calon-calon dari pro-mahasiswa atau lebih dikenali dengan nama 'PRO-M' yang bertemakan warna oren. Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tetap tak ketinggalan dalam sama-sama dengan gerakan mahasiswa semalaysia untuk masuk ke gelanggang pilihan raya untuk sama-sama berpencak silat dengan calonn-calon 'EVO-M' dalam menyuarakan dan menyampaikan suara mahasiswa.


Sekitar jam 6.45 pagi 8 Januari lalu, warga UTM Skudai dikejutkan dengan deruman enjin motosikal yang membawa calon-calon serta duta-duta PRO-M mengelilingi kawasan kampus dan kolej. Ini sebagai petanda awal bahawa calon-calon PRO-M UTM kali ini lebih bersedia dan terarah bagi menjadi wakil mahasiswa.








Dan kira-kira jam 8 pagi hampir 200 mahasiswa yang terdiri daripada penyokong-penyokong PRO-M telah berhimpun di Dataran SUB untuk sama-sama berarak bersama dengan calon-calon mereka ke tempat penamaan calon iaitu di Rumah Alumni UTM. Pelbagai sepanduk dan kain rentang dibawa bersama mereka.





Perarakan calon-calon PRO-M ini telah diketuai oleh saudara Hafiz yang juga ketua penaja duta-duta PRO-M UTM.





Namun suasana aman perarakan ini agak sedikit terganggu dengan kehadiran beberapa orang pegawai keselamatan UTM yang telah mengarahkan semua sepanduk dan kain rentang disimpan dan hanya calon PRO-M sahaja yang dibenarkan berada di kawasan Rumah Alumni UTM.





Akur dengan arahan terbabit dan selepas sedikit perbincangan diadakan dengan pihak keselamatan, hanya calon PRO-M sahaja yang dibenarkan ke Rumah Alumni UTM





Dan ketika penutupan pendaftaran untuk penamaan calon, dua fakulti telah diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh calon 'EVO-M' iaitu di Fakulti Alam Bina (FAB) dan di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA).


Masa cuti hari sabtu dan ahad telah digunakan oleh calon-calon dari kedua-dua blok untuk berkempen. Dan PRO-M telah mengambil pendekatan untuk mengadakan rapat umum di semua kafetaria seluruh kampus sebagai cara mereka berkempen.





Para mahasiswi dan calon PRO-M juga tidak ketinggalan dalam rapat umum ini.





Kelihatan saudara Anis, calon umum dan juga ketua duta PRO-M sedang bersemangat menyampaikan manifestonya.





Suasana sedikit kecoh dengan kehadiran calon-calon 'EVO-M' yang kebetulan sampai untuk menjalankan kempen mereka. Berlaku adegan cabar-mencabar diantara calon yang dikemukan oleh ketua penaja PRO-M UTM, namun tidak berani disambut oleh calon-calon 'EVO-M'.





Jentera EVO-M yang berpakaian serba merah..





Sekitar suasana berkempen di kawasan kampus dan kolej.










Pelbagai kaedah telah digunakan oleh calon-calon yang bertanding bagi mempromosikan diri mereka. Dan dalam tempoh kurang dari 24 jam lagi, seluruh mahasiswa UTM akan membuang undi mereka. Pesanan untuk semua, pilihlah calon yang anda suka, tetapi ingat.. Anda bertanggung jawab atas pilihan anda. Kalau baik, maka baiklah. kalau buruk, Sendiri mau ingatlah k.. hehe..

Selamat Membuang Undi diucapkan pada hari esok di fakulti masing-masing..


sumber :

http://www.promahasiswautm.blogspot.com/ (blog PRO-M UTM),

http://tuan-zahidi.blogspot.com/ (blog akhi Zack)

http://aspirasi-islam.blogspot.com/ (blog akhi Ismail)

kata - kata Profesor Diraja Ungku Aziz:-
""Belajar sambil mencabar,
pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin,
biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK