Friday, February 13, 2009

NIKMAT YANG PERLU DI SYUKURI..

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah.. Sama-sama kita rafa’kan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat yang paling besar kepada orang-orang Islam iaitu nikmat Islam dan Iman. Yang mana Allah tak beri kepada semua orang kecuali mereka-mereka yang telah dipilih.
Dah seminggu aku mula pakai spek mata. Benda yang paling aku benci nak pakai suatu masa dulu kerana sangat menyusahkan dan rasa tak selesa. Rasa geli kat atas batang hidung.. Pastu rasa pening-pening ja huhu.

Keputusan untuk buat spek mata ni aku amik coz dah tak tahan nak ‘mengecil’kan mata masa nak salin nota lecturer kat white board sejak dua tiga bulan yang lepas. Bila check, optometrist kata mata aku silau tinggi (175) kat sebelah mata kanan. Tapi rabun ok dalam 50 je. Mata kiri pun ok je.. Rabun n silau 50. Berkemungkinan besar sebab lama benor ngadap komputer. Tapi rasanya memang betol pun. Sejak ber’blogging’ ni mememang berejam la depan komputer hehe.

So mau tak mau kena la juga aku buat. Amik pakej yang paling murah je. Tapi coz muka aku agak ‘lebar’, so takdak la frame yang murah-murah huhu. Ni pun aku dah lama survey. Pi banyak gak la kedai cermin mata. Last-last kat ‘Focus Point’ gak aku wat hehe. Bukan sebab awek yang jaga kedai tu ye, hehe.. Sebab corak yang agak funky n remaja dan harga yang boleh la tahan. Harga pakej ni RM199.. Bukan nak promote k.

Tapi bila terkenang-kenang balik, aku rasa insaf dan sedar rasa kerdilnya diri kita ni. Yang nak tengok dengan jelas pun kena ada benda yang membantu. Yang manusia ni takkan boleh buat semua benda dengan sendirinya. Pasti kena minta bantuan orang lain. Itulah sifat kita manusia yang lemah. Tapi dengan sebab itu jualah Allah bagi akal kat kita manusia. Suruh fikir dan memikir. Jadi khalifah yang benar-benar khalifah di bumi Allah ni.

Teringat seloka orang-orang tua:
Umur pun dah terlanjuq,
Mata pun dah kabuq,
Uban pun dah berterabuq,
Kulit badan pun dah kenduq,
Ingat-ingatlah nak masuk kubuq..

Sesungghunya nikmat yang Allah bagi kat kita ni sangat tak ternilai harganya dan wajib kita kena jaga baik-baik kerana akan ditanya di akhirat nanti.

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7:-

“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu mengingatkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur(atas nikmatku) nescaya akan Aku tambahkan, Tetepi kalau kamu kufur, maka pasti azab-Ku amatlah pedih”



2 comments:

Hayatito said...

bro..
aritu cri spek kt agsana xjumpa ke?
haha..
tu r..
lain kalo jgn blogging lama2 sgt..

hehe..
ape2 pn..
199 tu kira murah gak la..
jaga mata leklok..
kuikuikui...

OtAi said...

haha kat angsana bukan tak jumpa hayat oi.. tapi mahal sangat.. huhu.. kat skudai parade gak aku jumpa yg murah hehe.. thanks la nasihat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK