Sunday, March 22, 2009

MAHASISWA DAN KEMAHASISWAAN

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 122;
“Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi berperang, perlu ada sebahagian dari mereka tidak pergi dan mendalami ilmu dan pengetahuan mereka dan kemudiannya memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya”

Jadi persoalannya, siapakah sebenarnya mahasiswa ini? Adalah segolongan pelajar yang Allah beri peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dan perlu diingat bahawa proses menuntut ilmu adalah suatu proses yang berterusan bukan setakat di institute pengajian tinggi sahaja. Tidak terhenti setakat suatu peringkat yang tertentu sahaja. Dan proses ni hanya akan tamat bila mana kita ni dimasukkan ke liang lahad.



Kata seorang sahabat nabi Abu Darda’…
“Jadilah kamu orang yang alim, kalau tidak boleh, jadilah pelajar, kalau tak boleh juga jadilah orang yang mendengar, tetapi janganlah menjadi orang keempat, kamu akan binasa, iaitu mereka yang benci kepada ilmu”

Katanya kalaulah kita ni tak boleh menjadi orang alim, iaitu mereka yang berilmu dan menggunakan ilmu untuk memberI manfaat kepada orang lain. Jadilah kita seorang pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Dan kalau tak mampu juga, jadilah kita ni orang yang suka mendengar kepada ilmu. TETAPI janganlah menjadi orang yang keempat, sudahlah tidak berilmu, tak mahu belajar, mendengar pun malas bahkan benci pula kepada ilmu, maka itulah orang yang sebenarnya bodoh sombong. Dah la sombong, bodoh pulak tu. Jadi kita perlu berhati-hati dalam perkara ini.

Sebilangan dari kita MAHASISWA HARI INI seperti sudah tenggelam dan hanyut dalam dunia khayalan ciptaan kita sendiri. Ada tu sampaikan dunianya hanya sekadar bilik tidur ke bilik mandi, bilik mandi ke bilik kuliah, bilik kuliah ke kafe, dan kemudian balik semula ke bilik tidur. Minda tak berkembang. Tak bercampur gaul langsung dengan masyarakat kampus sekekliling. Hanya dia dan laptopnya dan senarai games dalam laptopnya. Jadi kena ubahlah satu kata pepatah tu kepada “ibarat Mahasiswa bawah tempurung”.

Statistik menunjukkan dari lebih 80,000 graduan yang menganggur sekarang ni di Malaysia, 24000 adalah penganggur tegar iaitu golongan yang memang tak dapat keja langsung, sama ada mereka ni mencari kerja tetapi tak dapat dan kalau tak mencari apatah lagi kan? 36000 pulak adalah mereka yang bekerja tetapi secara sambilan sahaja, tiada pekerjaan tetap. Perlu diingat 70% adalah graduan dari kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan 70% darinya adalah SISWI.. menakutkan bukan??

Jadi bertitik tolak dari itulah kita sebagai bakal graduan perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu-limu tambahan selain dari ilmu-ilmu akademik. Seperti generic skill, soft skill dan skil mempertahankan diri. Antara lain kemahiran berkomunikasi, nilai kepimpinan, penguasaan ilmu, penguasaan multi-language dan sebagainya. Ini bermaksud, kita bukan setakat belajar ilmu dalam bidang kita sahaja, tapi kita juga perlu belajar ilmu untuk menyampai ilmu. Yang takkan kita dapat dari bilik-bilik kuliah dan kalau adapun sedikit sahaja. Jadi antara lain dengan berpersatuanlah kesemua ilmu-ilmu ini kita akan perolehi.

Kalau kita soroti kembali gerakan kemahasiswaan tahun 70-an dan 80-an, suara-suara mahasiswa digeruni. Tokoh-tokoh pejuang mahasiswa ketika itu seperti Ibrahim Ali, Hishamudin Rais, Annuar Musa dan ANWAR IBRAHIM begitu gah menongkah arus membentuk jatidiri mahasiswa yang berintegriti dan berhati waja. Sehinggakan ada diantara mereka yang tak sempat pun nak menghabiskan pengajian masing-masing. Nah disinilah terletaknya keihklasan seorang pejuang. Mereka bukan setakat beretorik semata-mata malah menunjukkan bukti dan sentiasa di barisan hadapan dalam apa jua demonstrasi. Sehinggakan dalam apa jua keputusan kerajaan terutamanya yang berkaitan dengan pelajaran dan kemahasiswaan, suara mahasiswa tidak pernah diketepikan.

Lantaran itu mengapa mahasiswa sekarang lemah, lembik, dan lesu? Sebenarnya punca kepada mahasiswa hilang potensi dan identity adalah kita ini malas berfikir. Kerana dengan berfikirlah manusia sebenarnya menjadi manusia. Bermaksud kalau kita malas lagi mahu berfikir, status kita sebagai manusia sudah jatuh. Berfikir akan masa lalu bukan sekadar mengingati fakta sejarah, jauh lebih penting dari itu ialah kita mengambil pengiktibaran. Berfikir masa sekarang bukan melihat sekadar apa yang reality, tetapi juga mencari penyebab kepada reality itu. Seterusnya berfikir masa depan adalah lebih susah kerana rasa tanggungjawab atas apa jua perbuatan kita pada hari ini akan member kesan kepada generasi akan datang, berkurangan. Masing-masing berpegang kepada prinsip “What I’m not seing is not my problem”.

Kerana apa perkara ini terjadi kawan-kawan? Kerana kita disaluti oleh 3 penyakit berjangkit, yang bukan setakat berjangkit malah merosakkan system hidup seseorang manusiawi. Pertamanya individualistic iaitu fahaman yang mementingkan hanya 3 benda iaitu I,Me and Myself sahaja. Keduanya ialah Materialistik iaitu fahaman yang mementingkan kebendaan. Status seseorang diukur dengan apa yang dimilikinya. Dan yang terakhir adalah comersialistic iaitu fahaman yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Membuat sesuatu kerana mempunyai kepentingan sahaja.

Dan yang paling akhir ialah kita ni mahasiswa generasi pelapis masa depan Negara terlalu terpengaruh dengan budaya HEDONISME. Iaitu fahaman yang mengambil hiburan secara melampau. Sebagai contoh, program-program berbentuk hiburan, tak payah diajak pasti dipenuhi pengunjung. Tetapi jika program-program ilmu, walaupun diberi makanan percuma, ramai yang liat nak menghadirinya. Mengapa kawan-kawan?? Sama-sama kita fikirkan k.

Kata Hujjatul Islam al-imam al-Ghazali rahimahullahu taala..
“Lelaki yang belajar ilmu, untuk mendapat kehidupan yang sementara, yang dia mahukan hanyalah nama, pangkat dan harta, tetapi di dalam hatinya tersedar bahawa niatnya itu tidak betul, maka orang ini berada di ambang bahaya, kerana sekiranya dia dijemput ajal sebelum sempat bertaubat, dibimbangi dia mati dalam keadaan su’ul khotimah (dalam keadaan buruk)”

Jadi kawan-kawan kita kena balik semula kepada niat kita menuntut ilmu. Check balik dan kemudian fokuskan kepada tujuan asal kita dijadikan sebagai manusia dan dihidupkan di atas dunia ni. Sama-sama kita ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah.

Insya Allah moga-moga apa yang baik kita ambil jadikan teladan, dan yang buruk tu kita jadikan sempadan.. yang baik itu dari Allah. Dan yang bUruk tu dari diri penulis sendiri walaupun hakikatnya tetap dari Allah jua. Sekian.

Salam Perjuangan!!

Mahasiswa Agen Perubah Masyarakat!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK