Wednesday, March 25, 2009

PERUTUSAN ULANG TAHUN KELAHIRAN

Alhamdulillah aku rafa’kan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana masih lagi memberi aku ruang, peluang dan kesempatan untuk aku masih lagi menghirup nikmat yang paling besar disisi Allah. Iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman, yang Allah tak beri kepada semua orang melainkan mereka yang terpilih sahaja iaitu orang-orang Islam.

Alhamdulillah aku juga bersyukur kehadrat Allah kerana masih lagi memberi aku menikmati nikmat umur samapi ke hari ini. Jika disoroti kembali masa-masa yang telah berlalu, malunya aku. Apalah sangat yang aku telah lakukan untuk Islam. Ya Allah betapa aku ini berdosa, tidak langsung menggunakan nikmat umur yang Engkau beri untuk agama-Mu. Betapa aku ini hina, tidak menggunakan nikmat umur yang Engkau beri untuk melaksanakan perintah dan syariat-Mu. Ampunkan aku Ya Allah..

Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana pada saat dan ketika ini, masih diberi kesempatan untuk menggunakan nikmat harian yang Allah beri percuma. Tak pernah pun Allah minta bayaran tetapi aku sebagai hamba-Nya yang hina dina tidak tahu pun mensyukuri nikmat-nikmat itu. Nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat percakapan, nikmat makan minum, nikmat tangan, nikmat kaki, nikmat udara dan nikmat-nikmat lain yang masya Allah tak terhingga banyaknya. Ya Allah ampunkan aku.

Alhamdulillah juga aku melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana pada waktu ini masih lagi memberi nikmat kehidupan, kawan-kawan, kaum kerabat dan ahli keluarga. Kerana kawan-kawan masih lagi sudi mengekalkan ikatan silaturrahmi dan menjalin mahabbah antara kita. Dan kepada yang baru nak mengenal, silakan kerana tiada sempadan dalam bersahabat. Kepada sahabat-sahabat yang mula menjauhkan diri, kembalilah, tolehlah kembali kepada kenangan kita semua bersama, jangan dibuang ikatan suci persahabatan ini. Terima kasih Ya Allah kerana sahabat-sahabat yang aku ada pada hari ini adalah yang terbaik. Begitu juga aku berterima kasih pada-Mu Ya Allah kerana keluarga yang aku ada pada hari ini adalah yang terbaik. Mak, ayah dan adik terima kasih kerana sudi memberi abang kesempatan untuk merasa nikmat keluarga. Kalianlah yang terbaik yang abang ada.

Semoga dengan bertambahnya umur aku ini adalah seiring dengan pertambahan malan iman dan amal kebaikan. Semoga masa-masa yang lalu dapat ditebus dengan kehadiran setahun yang akan datang. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memanjangkan umur dan semoga dalam keredhaan Allah selalu.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang wish beday kepada aku. Jazakallahu khairan kathira. Semoga Allah jualah yang membalas budi baik kawan-kawan.


Jumpa lagi pada posting akan datang.



6 comments:

ika azmi said...

wallaaa ~
bajet cam raje2 ea ade perutusan segala ? haha . apepon , may allah bless u . aminn ~ chaiyok cik otai ! ^.^~v : peace !

Anonymous said...

otai! epi belated besday~

PiDoT_OtAi said...

hehe thanks for the wish.. besa ja kita ni hehe

Unknown said...

otai..salam..
sowi la lambat wish.
hepi burfday ek sultan otai..
haha..

be a good boy..=))

wani., said...

hai en.otai..bru berkesempatan nk view en otai punye blog..mcm2 ade ek..hehe..

PiDoT_OtAi said...

hehe thanks coz sudi melawat blog ni hehe.. peace sis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK