Tuesday, July 7, 2009

PERUTUSAN CUTI SEMESTER 2008/2009

Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Tuan punya dunia, Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan limpah kurnia serta izinnya, aku dapat lagi untuk kembali menulis kat laman sesawang blog aku ni.. Hehe

Sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan, berkenaan dengan program-program yang telah aku lalui sepanjang cuti yang lalu. Sebermula dari 3hb mei, aku dah terpacak kat umah aku yg tercinta. Di dalamnya aku makan, tido, tengok tv, melakukan keperluan insani dan sebagainya. Hehe selain dari menjadi driver mak aku, itulah pekerjaan aku sehari-hari.

Jadual cuti aku berubah sama sekali apabila semboyan panggilan pulang dari cuti aku terima, yang berupa sepucuk surat yang disertakan di dalamnya sepotong ayat yang berbunyi “ANDA DIMINTA MELAPOR DIRI DI PEJABAT KOLEJ PADA 7HB JUN SEBELUM JAM 12 TENGAH HARI. KEGAGALAN ANDA BERBUAT DEMIKIAN TANPA SEBARANG SEBAB YANG JELAS, AKAN DIAMBIL TINDAKAN”.

So dengan keadaan paksa rela, aku pun datang semula ke UTM dan kolej 10, SEBULAN LEBIH AWAL dari kawan-kawan yang lain. Nasib baik aku tak join TINTEC ’09, kalu tak tengah bulan mei aku dah kena ada kat UTM. Tapi alhamdulillah, fikir-fikir balik memang banyak benda yang aku perolehi sepanjang sebulan kat sini. Maka aku ikhlaskan hati dan perbetulkan niat, moga-moga ada keberkatan dan pahala dari amal buat ni.


+/- BACA LAGI??



PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILALUI SEPANJANG SEBULAN DI UTM N K10

1- KURSUS PEMANTAPAN JKM
Kursus yang bermula pada 7hb-11hb jun ni aku attend atas kapasiti aku sebagai setiausaha Majlis Ketua Blok Kolej 10 merangkap timbalan ketua blok UB2. Kursus selama empat hari di kolej sememangnya memberi pengalaman berbeza. Kami seramai 28 orang telah dikuarantin dan ‘disumbat’ dengan pelbagai input dan ilmu baru sepanjang empat hari tu.


2- PERKHEMAHAN DI CAMERON HIGHLANDS
Pergh perkhemahan di cameron highlands. Memang pengalaman tak terlupakan sepanjang hayat la. Tak pernah lagi la aku terpikir atau terlintas nak wat camping kat tempat sejuk macam tu. Kami semua berkhemah di kaki gunung brinchang di tapak perkhemahan Renjer Hutan dan dibawah seliaan mereka. Memang menarik dan sangat mengesankan terutama dalam aspek membentuk ikatan ukhwah antara kami JKM kolej 10. Dan yang paling mencabar adalah amik wuduk time subuh, pergh memang mengancam fizikal mental dan emosi kami. Haha


3- KURSUS KREW MHS 2009/2010
Kursus selama tiga hari bermula 14hb-16hb jun, di WATER CITY MELAKA ni sekali lagi memberi aku pengalaman baru. Memang agak janggal mulanya nak membentuk team dengan kawan-kawan dari kolej-kolej yang berlainan,namun kami yang berjumlah 208 orang ketika itu dapat menunaikannya dengan baik sekali. Dan aku diperkenalkan dengan lagu Perpaduan Bangsa yang sama sekali aku tak leh bayangkan aku akan menyukai dan enjoy plak nyanyi ramai-ramai.


4- SAMBUNGAN KURSUS KREW MHS 2009/2010
Dan kami balik semula ke UTM pada 16hb jun dan menetap di KTDI sampai la kursus tamat pada 24 jun. Dan kursus sambungan ni sangat menguji ketahanan mental apabila kami diberi taklimat sepanjang 3 hari bermula dari pagi sampai ke malam dari unit-unit dibawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Bayangkan dengar ceramah ja, huh naik tepu otak haa. Tapi suma info yang disampaikan sangat berguna dan bermanfaat yang kami perlu sampaikan pula kat adik-adik yang baru mendaftar. Dan kemudian kami ada gerak kerja bersama kakitangan kolej bermula 25hb hinggalah pendaftaran mahasiswa baru.


5- MENDUDUKI UJIAN LESEN RAE (RADIO AMATEUR EXAM)
Ujian ni aku amik dalam keadaan letih ya amat. Pastu segala nota-nota dia aku baru ja baca malam 23hb jun tu. Huhu pastu gi dewan kat Persada Johor untuk wat exam. Tapi kami jadi semangat bila penasihat kelab iaitu Dr. Sevia dan 7 orang lagi ali kumpulan datang untuk sama-sama amik ujian ni. Yang bestnya lagi, penasihat belanja makan kami ramai-ramai hehe. Dan yang paling best bila jumpa ‘otai-otai’ radio amatur yang berkumpul disana. Sempat la bertanya banyak perkara untuk sama-sama membangun kelab. Dan yang paling best adalah kami ramai-ramai pi tengok wayang ‘TRANSFORMER’ kat CS, midnight show lagi dan aku tertido time 20 minit terakhir. Haha


6- MINGGU HALUAN SISWA MAHASISWA BARU 2009/2010
Maka bermula la cabaran yang sebenar apabila pendaftaran mahasiswa baru bermula pada 28 dan 29 jun. Aku terlibat dengan pendaftaran di Fakulti Elektrik pada 28jun dan di kolej aku pada 29 jun. Apa yang menarik adalah format MHS kali ni yang menekankan konsep ‘TRANSFORMASI’ yang mana mahasiswa baru lebih banyak berdikari dari disuap semua perkara oleh abang dan kakak faci. Dan kolej aku menerima sekitar 220 orang mahasiswa baru dari 6 fakulti dan pendaftran teramai adalah untuk fakulti mekanikal.

Jadi tu je la kot nak crita kat kawan-kawan. Tapi apa yang paling penting adalah aku dapat makan free sepanjang sebulan di UTM ni. Haha apa nak watkan. Layan je la.. sampai ketemu lagi di lain masa. Peace yoo

4 comments:

nazri said...

hoo..cameron higlands tu mmg port fevret nak buat kursus jkm..tp time aku gak besh..kursus kat langkawi..huahaha...

mhs?jd cameraman ar br show..mana2 tempat leh ceroboh..x yah g kursus..x yah pening2 kpala lyn bdk2 br cukup umur tu..hahaha...

Unknown said...

kejelesan aku mendengar ujian radio amature tu..=p. sape lg yg 7 org tu otai?

btw,selamat kembali bersama kita sekelas..=)

PiDoT_OtAi said...

to nazri - haha apa2 ja la ang ni bro.. layan je laa

to hayat - hehe.. kat jb ni aku peul afiq n wan kedah.. yang lagi 3 orang tu senior tahun 4.. SEt gak..

Unknown said...

akhirnye...jmp clazmate ku d blog...amen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK