Tuesday, August 4, 2009

JAMBOREE ON THE AIR (JOTA)

Pada 1 dan 2 Ogos 2009 yang lalu telah berlangsung program 5th Asia Pacific Regional Jamboree On The Air (Jota) anjuran Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM) Zon Selatan yang bertempat di Balai Cerapan UTM Skudai.

UTM yang julung-julung kalinya menjadi tuan rumah untuk zon selatan bagi JOTA kali ini. Yang mana tuan rumah bagi seluruh kawasan Asia Pasifik adalah Singapura. Dan kami dari Kelab Radio Amatur UTM (UTM-ARC) pun tidak ketinggalan untuk turut serta.

Ahli kelab seramai 4 orang telah mewakili kelab untuk menyertai program ini atas jemputan Pesuruhjaya Kelana Siswa UTM sendiri iaitu Encik Abdul Rahim Bin Mohamed. Program ini memberi peluang kepada Mahasiswa UTM secara amnya untuk mempelajari cara berkomunikasi dan pengetahuan menggunakan gelombang radio (radio amatur).

Selain itu program ini juga diharapkan dapat menjadi platform kepada mahasiswa UTM untuk turut menceburkan diri ke dunia hobi radio amatur yang mana ianya sangat memberi manfaat terutamanya ketika bencana berlaku selain dapat menambahkan kenalan di serata pelusuk dunia.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK