Friday, February 12, 2010

BAIK DAN BURUK


Siapalah kita untuk mengeluh tentang takdir yang menimpa sedang semua telah direncanakan oleh-NYA. Persoalan baik dan buruk hanyalah pada neraca pertimbangan akal manusia yang sangat terbatas. Sedang hakikatnya apa jua yang Allah takdirkan pasti baik dan ada hikmah disebaliknya. Cuma manusia malas hendak berfikir dan menyelongkar apa 'bicara Tuhan' padanya..

Tak semestinya segala yang baik itu nikmat, dan tidak semestinya setiap yang buruk itu bala. kerana hidup ini adalah medan ujian yang sengaja Allah jadikan untuk menguji hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa. Supaya iman yang dilafazkan bukan sekadar ucapan dibibir atau kata-kata biasa sahaja. Tetapi disertai sekali denganhati penuh rasa takzim ke arah mencari redha Ilahi..

Semoga kita mendapat sedikit cebisan dari redha Allah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK