Tuesday, February 9, 2010

ZAMBRY KEKAL MB PERAK..


Petikan dari MSTAR

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel lima hakim.


petikan dari MALAYSIAKINI

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.
Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.


ULASAN:
-
setelah sekian lama berjuang menunutut keadilan bagi pihak dirinya, hari ini keputusan hakim telah memberi tamparan 5-0 buat dato' seri nizar jamaludin sekaligus memberi kemenangan kepada dato' seri zambry..

- sebagai orang luar perak, aku pun tak tau nak sokong atau tak, cumanya penyokong2 PR janganlah pulak amik inisaitif untuk buat apa2 yang melanggar undang2, dan aku rasa dato' seri nizar pun takkan duduk diam.

- cuma aku rasa cukup2 laa tu, biaq la BN perintah pun, PR tunggu laa dalam pilihanraya nanti sebab hampir selama Dato' seri zambry menjalankan tugas ni, Perak dalam keadaan tak menentu.

-jadi aku berharap semua pihak dapat amik ni sebagai pengajran, sudah2 laa, cukup2 laa, bagi peluang untuk Perak terus maju..

2 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam abg frdaus, apa khabar, bila nak kwen.hehe?

ttg isu mhkamah Perak itu, perkara yang sudah dijangkakan sebenarnya akan berlaku, sejarah pun sudah banyak menceritakan, sudah ramai yang mempersoalkan akan ketelusan dan keadilan sistem mahkamah di Malaysia.

Hakim yang telus dgn undang2 seperti contoh Tun Salleh Abbas telah menerima balasan di atas "ketelusan" itu. Orang yang telus tidak lama di puncak.

kalah adalah perkara biasa, menang yang luar biasa untuk PR :)

teruskan usaha dan perjuangan, mudah2an niat kerana Allah tidak terjejas dgn habuan dunia yang sementara dan dugaan yang berliku.

salam ukhwah :)

PiDoT_OtAi said...

yang zalim tak selalu akan menang dan yang dizalimi tak selalu akan kalah. tggulah janji Allah nanti.dan janji Allah itu pasti dan pasti berlaku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK