Monday, February 8, 2010

TUJUAN HIDUP


Apa tujuan manusia ni dijadikan? Soalan yang mudah tetapi sangat susah untuk menjawabnya. Dan soalan ini tak boleh dan tak patut ditanya kepada manusia kerana jawapan yang akan diberi merepek dan meraban.. Macam-macam jawapan yang kita akan dengar. Sebab tujuan hidup manusia telah ditentukan oleh yang buat kita sebelum kita lahir lagi.

Bila kita manusia tak menjadi apa yang kita patut jadi maka kita akan jadi sampah. Analoginya ialah sebuah pen. Apa guna pen? Untuk menulis laa kan. Tapi apa akan jadi jika pen diguna sebagai paku? Amik hammer, ketuk pen tu kat dinding nak buat gantung frame gambar. Mesti laa pen tu akan rosak dak? Dan pen yang rosak, orang dah tak panggil pen, orang panggil sampah.

Begitu juga manusia. Allah menciptakan kita atas satu tujuan yang sangat tertentu. Tetapi jika manusia hidup untuk tujuan-tujuan lain, maka dia akan rosak. Dan bila rosak dia akan jadi sampah. Itulah asalnya kepada perkataan sampah masyarakat.Siapa dia sampah masyarakat? Mereka adalah golongan yang tidak dapat menjawab, apa tujuan aku ni hidup??

Ada manusia mengatakan tujuan hidupnya adalah untuk glamour. Hidup kira nak glamer ja, tak peduli dah benda lain. Kalau tak glamer tak bermakna hidup ni bagi dia. Contoh pergi mekah buat haji, balik jadi haji. Baguih dak jadi pak haji? Baguih tapi kalau orang teguq “Assalamualaikum pak mat” dia jawab “ehem, haji mat” apa kejadahnya? Kena sebut haji tu.

Ada orang kata tujuan hidup dia nak jadi penyanyi sebab suara dia sedap. Maka sekonyong-konyong masuklah akademi fantastika. Kalah plak, mak ayah pun teriak la sama-sama, macam dah musnah hidup anak ni. Apakah ini tujuan hidup manusia? Jangan jawab dulu.

Ada orang kata saya ni nak pegi haji lambat lagi, suara pun tak sedap, tapi orang kata saya ni cantik. Maka masuklah pertandingan ‘Makhluk tercantik di Malaysia’. Menang. Pastu orang amik jadi model iklan. Jual teh, suruh dia pegang teh, laku teh. Nak jual kereta, suruh pegang kereta, laku kereta. Adakah ini tujuan hidup? Toksah jawab dulu.

Ada orang yang padanya glamer-glamer ni tak penting, yang penting kuasa. Ada yang sanggup santau menyantau semata-mata nak jadi ketua kampung ja. Bukan takat tu, sampai dalam masjid pun jadi jugak gila kuasa ni. Rasa hidup ni dah tak bermakna bila takdak jawatan. Adakah hidup untuk kuasa? Nanti dulu, jangan jawab lagi

Ada orang yang padanya glamer atau kuasa ni tak penting. Yang penting 5 rukun hidupnya tertunai. Apa 5 rukun hidup tu? Makan minum kerja rehat kahwin. 60 tahu hidup itulah yang diratibnya, makan minum kerja rehat kahwin. Itulah yang difikirkannya. Surau ke ibadah ke halal haram ke dosa pahala ke apa ke tolak tepi yang penting lima rukun hidup dia tertunai.

Itulah jawapan yang kita akan dapat kalau kita tanya manusia, manusia hidup untuk apa?

Apa kata pepatah melayu pada sapa yang gila glamer ni? Orang panggil ‘kenan merak’. Pasal apa? Apa yang ada pada burung merak selain dari bulunya yang cantik itu? Dagingnya tak boleh makan. Dan takdak burung lain nak berkawan dengan dia lantaran dek sombongnya merak itu. Apa kata Allah tentang orang yang macam ni? Allah berfirman dalam surah at-Takasur ayat 1 dan 2 yang bermaksud..

“Hidup yang bermegah-megah telah mengalpakan kamu. Nanti sampai kamu ke kubur”

Hidup untuk kuasa ni analoginya adalah seperti kucing jantan. Apa perangai kucing jantan ni bila dia dah agak berumur sikit? Dia ni suka kencing merata. Adakah kerana dia kencing kerana dia sudah nyanyuk? Tidak, kerana sebenarnya nak menanda kawasan, agar kucing lain jangan masuk kawasannya.

Tapi yang paling teruk sekali adalah kelompok manusia yang ketiga iaitu makan minum kerja rehat kahwin. Kahwin tu bahasa sopannya, ada orang yang tak kahwin tapi macam dah kahwin. Apa kata al-Quran tentang orang yang macam ni? Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 179 yang bermaksud

“.. mereka ini macam binatang ternak, bahkan lebih sesat dari itu..”

Jadi macam nak tahu sesuatu produk itu gunanya untuk apa, tanyalah pada tuannya. Nak lebih bagus tanyalah pada kilang yang buatnya. Dan kilang tu takkan jawab pada kita, dia bagi buku instruction manual suruh kita baca dalam pelbagai bahasa. Serupalah jugak kita manusia. Kalau nak tahu manusia hidup untuk apa tanyalah yang buat kita nama-NYA ALLAH. Dan insruction manual yang diberi-NYA namanya al-Quran. Maka tujuan hidup manusia sangat jelas.

Allah berfiman didalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud..

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”

Note : petikan dari ceramah ustaz hasrizal di masjid bertam, kepala batas.. boleh layari www.saifulislam.com untuk keterangan lanjut.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK