Sunday, March 14, 2010

AL-IMAN YAZID WA YANQUS


Sekonyong-konyong ketika maghrib malam semalam, ketika rakan-rakan di kolej kediaman ke-10 UTM sedang sibuk mencari air untuk melampiaskan kehendak diri untuk mandi, aku ditegur oleh bekas naqib usrah ku. Dia menanyakan satu soalan yang membuat aku tak tido malam berfikir. Simple saja soalan tu, tapi aku sendiri pun takdak jawapannya..

“Lama tak nampak anta jemaah kat surau..” huhu terkesima aku dengan soalan tu, lantas aku memberi alasan bahawa aku belum solat dan perlu mencari air untuk wudhuk, dia menahan ku dan merenung dalam mataku, dan kemudian melepas aku pergi.. Aduh terasa berdosanya aku..

Aku sedar dan sangat sedar yang sem ni adalah sem yang sangat kosong bagi aku. Aku menahan diri dari join sebarang program. Tak kiralah dari badan persatuan agama atau kelab2 malahan program kolej sendiripun aku pandang endah tak endah..

Terasa kosong.. sangat kosong.. semalaman aku berfikir dan berfikir.. inilah aku, aku yang aku sendiri tidak tahu. Benarlah kata hukamak bahawa iman itu ‘Yazid wa Yanqus’ yakni iman kita ini adakalanya bertambah dan adakalanya berkurang.

Bertambah dengan menghadiri majlis ilmu, dengan berkeliling bersama orang yang beriman, bersatu dalam jemaah dan sebaginya yang membawa kita kembali ingat pada Allah. Yang iman ini juga berkurang dek lantaran dosa yang kian menggunung dan tercabutnya barokah dari Allah..

Ya Allah semoga aku tidak terus terbuai dengan kehidupan ini. Kembalikanlah aku ke jalan-Mu Ya Allah. Jadikanlah setiap saat dalam kehidupanku adalah ibadah kepada-Mu. Aku bermohon pada-Mu Ya Allah kerana aku ini hambMu yang lemah tiada daya..

Sesunggguhnya kita tiada kekuatan untuk mengekalkan diri dalam ketaatan dan mengelakkan diri dari kemaksiatan melainkan dengan bantuan dan pertolongan Allah jua..



2 comments:

Chaoi said...

marilah sahabatku kita kemabali ke pangkal jalan.....

PiDoT_OtAi said...

doakan aku sahabat.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK