Friday, March 19, 2010

CERITA PASAL KAWAN


Sahabat.. kawan.. rakan.. buddy.. click.. peers.. semua ni memberi makna yang sama iaitu mereka-mereka yang berada disekeliling kita. Tak kiralah samada mereka itu betul-betul ikhlas nak kawan dengan kita..

Kawan adalah mereka yang mengutamakan diri mereka sebelum kita. Rakan yang baik pula adalah mereka yang menyamakan diri mereka dengan kita. Sementara sahabat sejati adalah mereka yang mengutamakan diri kita melebihi diri mereka sendiri.

Analoginya adalah kita ada 3 butir telur dan kita jemput sahabat kita untuk makan. Kawan akan makan 2 butir dan tinggalkan kita sebutir. Rakan pula akan mengambil sebutir setengah.. sementara sahabat sejati akan memberi kita 2 butir telur, dan setengah dari telur kepunyaannya pun dia akan beri kita. Dia hanya makan setengah sahaja..

Ada kawan hanya nak mengambil kesempatan. Ada yang ada hanya ketika senang. Ada yang hanya kerana kita berkepentingan. .. tapi yang paling celaka adalah kawan makan kawan.. Mereka ni semua adalah balaci-balaci syaitan yang datang untuk menyesatkan kita. Mereka inilah ‘drama king’ yang begitu hebat memainkan watak. Berhati-hatilah..

Beruntunglah kalau kita mendapat sahabat sejati didalam hidup ini. Mereka sanggup bersama kita samada dalam keadaan susah atau pun senang. Tak kisah siapa kita, mereka menerima kita seadanya.. dan menyayangi kita melebihi keluarga sendiri.. mereka adalah harta karun kita di dunia..

Baik dan buruknya seseorang sahabat adalah refleksi kepada siapa diri kita sebenarnya. Dan sejauh mana kita telah mempersiapkan diri untuk kembali menjadi sahabat yang baik. Hidup ini memang perlu memerlukan, saling lengkap melengkapi. Dan sahabat sejati diperlukan untuk memperbaiki setiap kekurangan diri kita..

Renung-renungkanlah.. tengok-tengoklah.. dan sama-sama kita refleksi diri kita semula.. peace to all of you my friends out there...






peringatan :


ANTARA DUA CINTA YANG INGIN AKU MILIKI, CINTA INSAN DAN CINTA ILAHI, PASTI YANG UTAMA ADALAH CINTA ILAHI KERANA CINTA-NYA CINTA HAKIKI..

ANTARA DUA INSAN YANG INGIN AKU MILIKI, KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI, PASTI YANG UTAMA ADALAH SAHABAT SEJATI, KERANA SETIANYA SUKAR DITEMUI..


2 comments:

amirah said...

nice one..
sy suka entri kamu :)

PiDoT_OtAi said...

thanks sis.. hehe semoga kita sama2 menjadi kawan yang terbaik buat orang lain.. what u give u get back..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK