Sunday, March 21, 2010

PERUTUSAN SEMPENA HARI LAHIR AKU..


Esok 23 mac 2010 bersamaan juga dengan 7 rabiulakhir 1431 hijrah, maka telah genaplah umurku 23 tahun. Sedarilah hakikat bahawa dengan pertambahan umur kita dari masa ke semasa, sebenarnya kita semakin dekat dengan kematian. Yang jika telah sampai masanya, tidak akan dilambatkan atau diawalkan walau sesaat pun. Cukuplah kematian sebagai peringatan buat kita yang lalai ini.

Mengenang semula 22 tahun yang berlalu, bermacam perkara telah aku lalui. Bermacam sudah onak dan liku kehidupan ini aku tempuhi. Kalau dari segi fizikalnya memang sudah layak sekali bergelar ayah dan memang siapa sahaja yang melihatku buat pertama kali memang akan mengakui hakikat tersebut.

Ada banyak kejadian yang membuktikan perkara ini sebagai contoh. Kira2 sebulan yang lalu tatkala aku dan rakan-rakan pergi bermain bowling di salah sebuah pasar raya yang terkenal di Kulai, Johor masa tu telah masuk waktu asar lalu kamipun solat berjemaah. Dan aku menjadi imam.

Selesai solat salah seorang jemaah (yang pangkat ayah kepada kami semua) menegur rakanku. “ni dari mana ni?”. Kawanku pun menjawab “dari UTM”.. pakcik itu lalu berkata, “oo, datang dengan lecturer kamu ka? (sambil menunjuk ke arah aku)”.. haha tergelak kami ramai2 kat situ juga.

Haha awat aku cakap macam ni? Ok2 kita tukar stail. Tu dari segi fizikal laa, tapi kalu dari segi lain masih lagi belum ‘akil baligh’ lagi aku ni hehe.. masih belum teratur hidup ni sebagai seorang anak muda apatah lagi sebagai pejuang agama. Masih banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari untuk mengejar Mardhotillah (redha Allah).

Jadi doakanlah semoga dengan kehadiran hari lahir aku yang ke-23 ni membawa aku ke dimensi baru sebuah kehidupan. Yang akan menentukan siapa aku 5 atau 10 tahun dari sekarang. Apa akan aku lakukan pada masa itu. Dan paling penting, telah berapa banyak aku menyumbang untuk agama dan negara yang aku cintai ini.

Doakanlah semoga Allah membuka pintu rahmat dan rezeki-NYA seluas-luasnya untuk aku, supaya dengan itu aku tidak perlu mengemis ehsan manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai hamba-NYA. Dan semoga rezeki aku yang dilangit diturunkan, yang dibumi dikeluarkan, yang jauh didekatkan dan yang dekat dipenuhi barokah dari Allah.

Doakanlah semoga aku diberi umur yang barokah yang dengan umur itu aku gunakan sebaik-baiknya. Yang nanti suatu masa aku akan ditanya mengenainya. Doakanlah aku diberi kekuatan oleh Allah untuk terus tetap istiqomah dalam perjuangan menjadi mukmin sejati dan hamba Allah yang bertaqwa..

Dan yang paling penting, doakanlah semoga aku mendapat pendamping hidup yang menyenangkan. Yang bukan sahaja sebagai peneman hidup di atas dunia ini sahaja, tapi sebagai bidadari syurga buat aku di akhirat kelak. Insya Allah..

Mohon doanya ya kawan2. Semoga dengan doa itu aku doakan hidup kalian penuh barokah dan rahmat dari Allah. Dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan hidup kalian selama ini.. amin ya Robb..

yang mulut ternganga tu adik aku, yang hensem sebelah tu sapa lagi kan.. hehe


>>>> maaflah sebab entry kali ni agak poyos dan self centered. Kepada rakan yang tak senang, sila jangan membacanya ye.. hehe

Yang benar sebenar-benar, benar dan benarnya,,,


6 comments:

Anonymous said...

Salam...hahahahaha..aku x tenang sungguh baca ayat hng...rasa nk p peluk..hahahahahah...but..anyway...longlive otai!!!!!pidi!!!!!Barakallah----anas ur brother

PiDoT_OtAi said...

apa ni main peluk2 ni haha.. bila nak belanja ni?? aku tak dapat KFC pizza hut pun takpa.. keh2

joegrimjow said...

20 hb 4
heheheee

PiDoT_OtAi said...

besday kamu ka?? hehe takpa2 nnt aku wish...

Anonymous said...

aku nk blanja ka ad ehm3 nak..kung3..hehe

PiDoT_OtAi said...

sapakah ehem3 tu bro?? hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK