Sunday, April 4, 2010

BUAT INSAN YANG BERGELAR KAWAN..

Saja penulis menulis entry ni sebagai peringatan buat sesiapa saja yang bergelar seorang kawan (termasuk penulis la tu hehe) buat pedoman dan ingatan kita bersama..

Ketahuilah bahawasanya kalau kita ingat kawan-kawan time kita senang, kawan-kawan akan mudah ingat kita time kita susah. Dan kalau kita susah nak kawan-kawan time kita senang, kawan-kawan pun akan payah nak ingat kita time kita susah. Pernah dengar ungkapan kawan ketawa ramai, kawan menangis sukar dicari?? Haa disini laa aplikasinya.

Kita selalunya nak kawan-kawan berada dikeliling kita time kita susah tapi sedarkah kita time kita senang ramai yang lupa sapa itu kawan( termasuk penulis jugak).. Memang begitulah lumrahnya seorang manusiae. Oleh itu sedarlah bahawa kawan bukan mesin yang dapat menukar duka kita kepada suka. Yang dapat tukar masalah kepada solution. Yang dapat menukar sedih kepada gembira dan sebagainya..



Mereka itu juga manusia biasa makhluk ciptaan Allah S.W.T yang masih punya perasaan dan masalah tersendiri. Bayangkan kalau kita asyik berkongsi benda-benda negatif jaa dan tidak diseimbangkan dengan benda-benda positif, sampai satu tahap kawan ni pun meluat nak dengar. Macam pokok laa, kalau hari2 kita baja dia, belai dia, siram dia, last skali dia akan berbunga berbuah dan bagi kita hasil yang baik. Tapi kalau kita dok maki dia, kerat dia, baling batu kat dia, apa yang kita dapat??

Allah berfirman dalam surah al-Hujuraat ayat 10 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara mereka yang bertelagah”

Cerita bab tegur menegur diantara kawan-kawan ni ada sket payah. Sebab apa? Sebab mereka ni dekat dengan kita, jadi payahlah kalu nak suarakan kebenaran. Justeru ingatlah kata Hukamak ini “Sesungguhnya kawan yang baik adalah mereka yang sentiasa berkata benar dengan kamu, dan bukanlah mereka yang selalu membenarkan kata-kata kamu”.

Berkata benarlah walau ianya pahit kata pepatah arab, kerana dengan berkata benar mudah mudahan Allah bersama kita. Dan ukhwah yang terjalin sesama kita akan mendapat keberkatan. Cuba bayangkan kalu antara kawan sendiri saling tipu menipu khianat mengkhianat keji mengeji mana nak datangnya berkat Allah. Bala lagi ada laa. Tu yang dok asyik bergaduh ja tu.

Penulis jadi teringat kepada ayat Allah pasal tegur menegur ni, dari surah an-Nahl ayat 125 yang membawa maksud:

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan dengan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”

Seringkali kita mengadu bila kita menegur kawan-kawan, kawan-kawan mudah melenting dan susah nak terima, kenapa ini terjadi? Ketahuilah bahawa kerja bagi hidayah ni kerja Allah. Kita manusia ni hanya pembuka jalan kepada dia untuk dapat hidayah, jadi janganlah hairan dan bersedih dan janganlah pula kita berputus asa.

Dan boleh jadi langkah kita menegur tu tak kena dengan jiwanya. Ada kawan yang sensitif, hatinya lembut, jadi kita kena tegur dengan cara yang lembut, tak boleh kasar-kasar, tegur secara indirect. Ada kawan yang jenis tak makan saman, jadi kena laa tegur keras sket tapi kalu boleh janganlah sampai membawa kepada pergaduhan.

Dan andai terjadinya pergaduhan maka ingatlah ayat Allah ini dari surah an-Nahl juga ayat ke 126 yang bermaksud:

“Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang bersabar”

Dan kawan-kawan boleh sambung lagi dengan membaca ayat-ayat Allah yang seterusnya dalam surah yang sama. Yang mana memujuk hati-hati Nabi Muhammad S.A.W dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan jalan dakwah agar bergembira dengan pahala bersabar disisi Allah.

Dan ketahuilah sesungguhnya untuk mendapatkan kawan yang terbaik, kita terlebih dahulu perlu menjadikan diri kita kawan yang terbaik.. Sekian dulu buat kali ini. Mungkin kawan-kawan tidak terlibat dalam perkara ini kerana kawan-kawan semua adalah kawan-kawan yang terbaik..



Baca juga disini (cerita pasal kawan)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK