Friday, April 2, 2010

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN..

Din Beramboi meninggal dunia
02/04/2010 1:41am

KUALA LUMPUR - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

Credit to : Kosmo Online

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 185

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”

Dalam ayat ini jelas Allah menyatakan bahawa setiap dari makhluk yang bernyawa pasti akan merasai sakitnya mati. Tak kiralah manusia, haiwan, tumbuh tumbuhan, batu bata, bukit bukau dan sebagainya yang hidup dan bernyawa pasti akan menemui satu keadaan yang dinamakan kematian.

Sakaratulmaut atau kesakitan sewaktu menghadapi kematian bukanlah omongan kosong,banyak kisah-kisah yang menceritakan tentang sakit sewaktu Roh dicabut dari badan. Rasulullah menyatakan sakitnya seperti ditusk seribu pedang di badan.

Dan ketika itu sudah tidak berguna lagi anak isteri, harta benda, pangkat kedudukan, sahabat handai dan sebagainya melainkan amalan jua yang bakal jadi peneman kita ke kehidupan yang kekal abadi. Ketika nyawa di ghorghoroh (kerongkong) ketika itu pintu taubat sudah ditutup dan kita semua hanya bakal menghitung detik untuk menemui Allah Rabbul Jalil.

Sesungguhnya terdapat dua nikmat kepada orang yang telah mati. Iaitu nikmat terhenti dari melakukan dosa dan nikmat akan bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla. Kematian yang akan menjadi pemutus antara kita dengan segala nikmat dunia.

Dan ingatlah sebuah hadis qudsi yang berbunyi :

“Apabila matinya anak adam, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat ke atasnya dan doa dari anak yang soleh”

Berbahagialah kita jika mempunyai ketiga-tiganya atau setidak-tidaknya salah satu dari ketiganya, sebagai bekalan atau peneman kita di alam kubur dan di alam barzakh nanti. Yang akan menjadi saksi bisu kepada segala amal buat kita. Mulut sudah terkunci tidak dapat berkata-kata dan anggota lainlah pula yang akan mula bersuara.

Dan kematian itu jika telah sampai masanya nescaya tidak akan dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat. Dan sesungguhnya ia datang tanpa kita menduga. Ada yang sakit menahun dan kita kata dia sudah sampai ajalnya, tiba-tiba Allah beri dia kesihatan. Dan ada juga yang tengah gagah sihat perkasa, tiba-tiba kita dikhabarkan akan kematiannya.

Allah Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu yang berlaku. Cukuplah berita kematian menjadi peringatan buat hati kita ini yang lalai. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan..



Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi, semoga Allah menempatkan Rohnya di tempat mereka yang Dia redhai..

Boleh teruskan bacaan di sini , di sini, di sini dan di sini...


Baca juga di sini (mati itu bukan sekadar mati)

2 comments:

Ain Suka Biru said...

sedap nme din beramboi ek?

PiDoT_OtAi said...

tu laa.. insan seni yang perginya tiada pengganti lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK