Wednesday, April 21, 2010

CLASH OF THE TITANS



Mengisahkan Perseus (anak Zeus – Tuhan Greek) yang mengetuai dan menggalas misi besar yang disandarkan kepadanya oleh masyarakat Argos untuk menentang Tuhan Zeus. Cerita bermula bagaimana Zeus telah merogol isteri kepada seorang raja sehingga mengandung.

Dek kerana marah, Raja tersebut lalu membunuh isteri dan membuang anaknya ke laut dan mereka dijumpai oleh seorang nelayan. oleh kerana manusia sudah tidak berdoa kepadanya, kuasa Zeus telah mula berkurangan dan ada beberapa kelompok manusia yang cuba melawannya secara terang terangan..

Demi menyelamatkan tuan puteri Andromeda, Perseus memulakan perjalanannya untuk menentang Tuhan Zeus. Banyak aksi yang mendebarkan di sepanjang perjalanan ini..
Untuk baca lanjut, bleh baca kat sini dan kat sini.. Juga di sini..



Sebenarnya adalah filem remark atau filem yang dibuat semula dari filem dengan tajuk yang sama yang dikeluarkan pada tahun 1981. Plot ceritanya juga sama, tapi of course laa filem pada tahun 2010 ni efeect CGI dia lagi mengancam.. gegar gua beb hehe

Memang takdak faedah pun kalau pi tengok cerita ni hehe, Cuma boleh laa buat nak menghilangkan kebosanan.. aku bagi 3 bintang setengah sebab ada babak2 yang aku memang totally tak leh diterima akal.. kah3.. layan je laa. Peace yo

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK