Tuesday, April 27, 2010

EVOLUSI KL DRIFT

mungkin agak terlambat aku nak mengomen pasal filem ni hehe..kebetulan rabu lepas aku dengan takdak plan telah dengan tidak sengaja membeli tiket filem ni yang masa tayangan adalahjam 4.50ptg dan aku masuk kol 5 coz pi solat asar dulu hehe.. so 3 -5 minit awai tu aku tak dan nak tgk..



SINOPSIS

PERLUMBAAN kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Selepas kemalangan yang dialaminya, Sham terpaksa hidup dengan bantuan tongkat manakala Zack bergelar drifter profesional. Dalam kekalutan untuk memahami perasaan sahabatnya, Aleeya yang juga seorang pelumba profesional hadir lalu menimbulkan ketegangan mereka berdua.

Sementara itu, Joe yang terlepas daripada kemalangan maut menaruh dendam terhadap Zack. Dia dibantu Ery yang turut menyimpan dendam apabila kawan baiknya, Karl dipenjarakan gara-gara Zack. Selain ingin memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di Kuala Lumpur. Inspektor Kamal pula mengesyaki beberapa siri jenayah yang dilakukan Joe.

Bleh baca kat sini dan kat sini dan kalau nak tgk preview tgk kat sini..

Jalan cerita yang simple tapi nice.. hehe..



Tahniah untuk Shamsul yusof kerana bakat muda ni telah memberikan nafas baru kepada dunia filem tempatan..

Banyak babak2 real (aku rasa laa) yang ditunjukkan dalam filem ni.. aksi2 drift yang mendebarkan dan aksi2 gaduh yang pergh best tak hingat..

Patut laa boleh kutip tinggi filem ni sangat memberangsangkan.. boleh baca kat sini..

Lakonan mantap sam suheizy patut diberi pujian. Aku sampai meluat tengok mamat ni masa dia belasah aleya (lakonan scha al-yahya).. wa salute lu bro.. hehe



apapun memang berbaloi tengok kat wayang coz ni filem aksi.. apapun support filem tempatan k.. hehe

sok 29 april muvie IP MAN 2 kuar.. and 30 april plak filem IRON MAN 2.. haha jom kasi gegar panggung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK