Sunday, April 4, 2010

LEBIH JAHILIYYAH DARI JAHILIYYAH

Tersayat sekali hati ini saat membaca kisah pembuangan bayi yang dilaporkan di akhbar semalam dua tiga hari lepas. Bayi yang sempurna sifat dan masih belum diputuskan tali pusat dibungkus dengan suratkhabar lalu di buang dalam tong sampah. Seperti bangkai binatang. Apa dosanya sehingga tergamak diperlakukan sebegitu??

Apakah kita manusia dan sudah hilang akal budi sampai sanggup membuang darah daging sendiri seperti sampah. Nasib baik di jumpai oleh pekerja-pekerja permbersihan yg sedang bertugas, jika tidak pasti sudah menjadi santapan mewah buat anjing-anjing yang berkeliaran.

Di mana nilai kita sebagai manusia yang Allah beri akal untuk berfikir? Yang Allah beri hati untuk menimbang? Sudah tersangat binatang sekali kerana berkelakuan seperti ini. Haiwan itu lebih haiwan dari kamu yang manusia. Yang masih tahu harga seorang anak..

Dan kalupun tidak mahu sangat anak itu, janganlah dibuang bagai bangkai kerana dia masih sempurna sifat dan wajib disemadikan seperti mana seorang manusia. Masih lagi ramai yang mahu ambil untuk dijadikan anak angkat. Cukuplah dosa menjadi penzina, janganlah di upgrade dosa itu kepada pembunuh pula.

Allah berfirman dalam surah al-Isra’, surah ke-17 ayat 32

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk”



Dalam ayat ini jelas sekali kepada kita bahawa Allah melarang setiap jalan yang dapat membawa ke lembah penzinaan. Apatah lagi berzina dan setelah itu mengandung. Lalu setelah lahir zuriat itu, di bunuh pula. Masya Allah sudah berapa tingkatan dosa yang telah kamu lakukan..

Jika zaman jahiliyyah dahulu hanya sekadar membunuh anak anak perempuan, jahiliyyah zaman moden ini lebih teruk lagi. Apa nak jadi dengan bangsa ini?? Statistik kelahiran bayi luar nikah dan pembuangan bayi adalah sangat2 membimbangkan kerana telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dari tahun ke tahun. (boleh baca disini)



Semua pihak perlu ambil peranan untuk membanteras gejala ini sebelum kian membarah dalam masyarakat. Kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. Insaflah wahai pemuda pemudi harapan bangsa, kamu adalah aset penting negara, dan perlu keluar segera dari kepompong jahiliyyah moden ini.

Dekatkan diri dengan Allah dan hayatilah kehidupan beragama sebaik-baiknya..

4 comments:

Chaoi said...

saya setuju dengan pandangan Otai,,absolutely agree....

SheyPull said...

YA BTL 2 OTAI....klu dah x tahan sgt kawen je lah kan2...ape susah, pelik aku manusia zama sun neiw...xde hati dan perut lansung..:(

PiDoT_OtAi said...

kalau manusia sudah lebih binatang dari binatang... semoga kita dihindarkan dari perkara2 sebegini...

Pacifist said...

salam
juga menunjukkan kegagalan sistem yg sedang berjalan.asyik menyalahkan komponen keluarga,guru,rakan2 dll.ttp sistem digunakan memainkan peranan besar dlm memdidik masyarakat.bila sistem dah sempurna barulah kesalahan terletak pd bahu pelaku itu sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK