Tuesday, April 20, 2010

NUJUM PAK BELALANG

Tengah bosan-bosan cuti di rumah pada pagi isnin haritu, aku pun buka laa astro prima.. Channel 105 astro ni pada jam 10 pagi hingga 12 tgh hari dari hari isnin sampai khamis akan menayangkan filem-filem klasik.. Dan nak dijadikan cerita aku pun buka dan tertengoklah filem NUJUM PAK BELALANG..



Sememangnya filem-filem lakonan dan arahan Tan Sri P.Ramlee ni tak membosankan walau dah tengok beratus kali, walau dah samapi hafal skrip, walau dah tau jalan cerita dan plotnya hehe.. Filem-filem lakonan dan arahan beliau mendahului zamanny dan begitu sensitif sekali dengan isu-isu kemasyarakatan..


SINOPSIS


Ok sedikit sinopsis tentang filem ni..

Belalang bersama bapanya yang hidup di dalam serba kemiskinan. Tipu helah Belalang membuatkan penduduk kampung mempercayai bahawa Pak Belalang adalah seorang ahli nujum. Kehidupan mereka berubah apabila Sultan mendengar tentang 'kehebatan' Pak Belalang dan melantiknya sebagai Ahli Nujum Di Raja. Pada suatu hari, Pak Belalang terpaksa mempertahankan negaranya dalam satu pertandingan yang bakal menguji kemahirannya sebagai ahli nujum. Pertaruhan besar yang melibatkan negara telah membuatkan Pak Belalang gentar dan ingin melarikan diri. Namun, Belalang yang lebih pintar daripada bapanya sekali lagi berjaya menutup helah Pak Belalang.

BOLEH BACA KAT SINI


SUDUT NEGATIF

Dalam filem ni sebenarnya menemplak sikap segelintir masyarakat kita yang pemalas dan selalu mengharapkan bantuan dari orang lain. Sehingga muncul pepatah yang entah dari mana menyatakan “Ulat dalam batu pun boleh hidup” yang telah menyebabkan ramai dari bangsa kita terus mundur dalam arus globalisasi yang kian mencabar ini.



Juga sikap sesetengah dari kita yang sangat taksub dan percaya pada bomoh dan dukun. Bukan tidak boleh berikhtiar tetapi jika sudah sampai ke tahap mensyirikkan Allah, maka ikhtiar seperti ini perlu dijauhi. Entah apa yang dibaca oleh pak dukun, entah apa yang dihembusnya dan entah apa yang ditiliknya, kita bulat-bulat menerima.


SUDUT POSITIF


Memberi kita pengajaran tentang hidup ini jangan tamak. Dan matlamat tidak menghalalkan cara. Lihat saja baginda masai yang sanggup mempertaruhkan negaranya semata-mata mahu mendapat kuasa. Dan sanggup pula bersekongkol dengan penjahat Badan dan Nyawa untuk menculik Tuan Puteri Si Bujur Sireh lantaran rancangannya gagal setelah dia gagal dalam pertaruhan.

Juga sikap jujur dalam hidup ini perlu. Biarpun melarat mana penghidupan kita suatu hari nanti, jujurlah dalam apa jua kerja buat kita.. Janganlah disebabkan sedikit harta dunia, kita menjual akhirat yang kekal selama-lamanya..


KESIMPULAN




Memakai tagline “Manusia jujur disayangi Tuhan”, P.Ramlee melalui filem ini berjaya membuat khalayak terpukau dengan sisi komersial filemnya disamping dia tidak lupa menyelitkan unsur-unsur moral di dalamnya.. semoga akan lahir 10 lagi P.Ramlee yang akan mewarnai dunia filem tempatan dan seterusnya menggegar dunia perfileman antarabangsa..

6 comments:

Edda said...

citer baru eh?? adaptasi ke??

PiDoT_OtAi said...

takde laa cik edda.. hehe crita nujum pak belalang laa.. arahan dan lakonan p.ramlee.. yang ada dialog "hei manusia, aku anak jin.. aku mau makan darah.." tu hehe

Unknown said...

sbb tu org melayu x ramai involve/berjaya dalam bisnes.ada yg btl2 berjaya. kerja keras bukan main2.x ramai maksud aku bukan sikit mana. mmg banyak. tp melayu bukan golongan yg menguasai ekonomi negara.

tgk je la bangsa cina. betapa ramai yg involve bisnes, start dari bwh.paling obvious mlm, kenapa org cina lg ramai dari org melayu? sbb org melayu kebanyakan minat nk join "login fb dpt rm100" atau pun "duit free" ataupun, "modal rm100 pulangan rm 30k tanpa perlu bersusah payah" haha. padahal rezeki bukan jatuh ke riba. kena cari.

food for thought. :)

PiDoT_OtAi said...

yang nipis tak datang melayang.. yang bulat tak datang bergolek.. hehe

Unknown said...

haaa..pndai pn..haha. peringatan utk hg, jgn dok tag2 pic "duit free" segala menda..dah xberkesan kt aku..haha

PiDoT_OtAi said...

baik bos... hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK