Saturday, April 24, 2010

PRK P.094 – HULU SELANGOR



Hari ini berlabuhlah sudah tirai kempen dan pengundian bagi Parlimen Hulu Selangor yang telah diadakan berikutan kematian penyandangnya dari PKR iaitu Datuk Dr Zainal akibat barah otak. Maka tamatlah sudah acara kegilaan seluruh media cetak dan elektronik arus perdana yang keseluruhan laporan dan beritanya mengampu calon parti pemerintah..

Dan seperti yang telah diketahui umum, calon BN P.Kamalanathan dari MIC telah menang dengan majoriti 1725 undi menewaskan calon dari PKR, Dato’ Zaid Ibrahim. Persaingan sengit antara dua calon yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan telah dieksploitasi sepenuhnya oleh parti-parti yang bertanding..



Pertandingan pada mulanya empat penjuru telah berkurangan menjadi dua berikutan dua calon bebas yang bertanding telah menarik diri iaitu V.S Chandran bekas orang kuat MIC dan Johan Mat Diah bekas orang kuat pemuda UMNO pada masa tempoh berkempen. Maka tinggallah dua saja calon yang bertanding..

Kerusi yang secara tradisinya adalah milik MIC sejak zaman kemerdekaan lagi walaupun lebih 53% pengundinya adalah dari kalangn orang Melayu. Yang dalam PRU-12 yang lalu menyaksikan kekalahan dan kecundangnya orang no.2 MIC Dato G.Palaniviel di tangan Dato Dr Zainal..



Pilihanraya kecil ini adalah pilihanraya yang ke-10 pasca pilihanraya umum yag ke-12 pada tahun 2008 dulu. Pilihanraya yang cukup penting oleh kedua-dua parti yang bertanding di mana ianya menjadi medan ujian sokongan rakyat kepada mereka. Menjadi medan ungkit mengungkit kebaikan mereka kepada rakyat dan menjadi medan melondehkan kredibiliti calon..

Pilihanraya yang memperlihatkan kedua-dua parti yang bertanding menurunkan sepenuh kekuatan jentera dan orang kuat mereka untuk berkempen pada pilihanraya pada kali ini. Petama kali Perdana Menteri dan TPM turun serentak untuk berkubu dan berkempen di pilihanraya kecil pasca PRU-12. Malah kehadiran bekas PM, Tun Dr. Mahathir dan ahli-ahli parlimen “bebas tapi mesra BN” dilihat merancakkan lagi kempen..



Dan di pihak pembangkang, tokoh-tokoh seperti Lim Kit Siang, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz telah turun berkempen membantu calon Pakatan Rakyat, Dato’ Zaid Ibrahim. Habis seluruh ceruk rantau felda diteroka dan dijenguk oleh mereka. Dan kehadiran para penyokong tegar menghangatkan lagi suasana semasa berkempen..

BN yang sedang bergelut dengan isu APCO, 1Malaysia dan sebagainya mahu membuktikan bahawa mereka masih lagi relevan dan boleh diharap dalm memperjuangkan hak rakyat.Dan PR khususnya PKR sedang bergelut dengan fitnah LIWAT SIRI 2, isu ahli lompat parti dan beberapa isu lagi juga mahu membuktikan bahawa merekalah juara pembela nasib rakyat..

Antara lain isu peribadi Dato Zaid Ibrahim yang dulunya bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu adalah seorang peminum arak, pemain judi, pembela isu murtad dan sebagainya telah menjadi isu yang ckup besar dan menjadi sandaran BN dalam berkempen terutamanya dikalangan pengundi Melayu. namun telah dibersihkan namanya oleh TGNA yang menyatakan bahawa dia sudah insaf..

Selain itu isu P.Kamalanathan yang menipu sijil ijazahnya, dan isu dia mencium tangan TPM juga turut menjadi siulan parti pembangkang di dalam rapat umum mereka. Selain beliau yang dilihat sebagai calon tengah antara MIC dan UMNO serta soal kurang pengalaman beliau dalam berpolitik..



Apapun tamatlah sudah drama dan babak-babak lakonan dari kedua-dua belah pihak yang bertanding. Dan masa yang seterusnya adalah masa membuktikan dan menunaikan janji-janji pilihanraya calon yang menang. Dan buat calon yang kalah cuba lagi dalam PRU-13 nanti.

boleh baca lanjut di sini dan di sini.. juga disini dan disini..


Sekian dulu buat kali ini.. jumpa lagi di lain masa dan ketika.. hehe..

2 comments:

Syawal Ipoh said...

sedih ni....

PiDoT_OtAi said...

hehe.. takpa laa.. pakat2 merasa sorang sekali.. jumpa lagi di PRU-13 nnt plak insya Allah.. kemenangan bukan milik kita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK