Monday, May 17, 2010

DAP MENANG DI SIBU



Setelah ramai yang berpeluh ketiak dan berair mata dan berembun peluh di Sibu sepanjang tempoh berkempen di Pilihanraya Kecil Sibu Sarawak, maka berakhirlah sudah segalanya dengan kemenangan berpihak kepada DAP.

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) P212 Sibu telah memihak kepada calon PAKATAN RAKYAT dari DAP, Wong Ho Leng dengan mendapat 18845 undi menewaskan dua lagi calon yang bertanding iaitu calon BN dari SUPP Robert Lau Hui Yee dengan 18447 undi dan calon Bebas Narawi Haron dengan 232 undi. DAP menang dengan majoriti 398 undi.



Mesej yang sangat besar kepada BN Sarawak yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya Jun tahun depan, yang mana rakyat terutamanya golongan kelas pertengahan dan orang cina sudah mula muak dengan legasi Ketua Menteri Mahmud Taib.

Apa yang menarik semalam ialah walaupun SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sekitar 59.86% sahaja, namun keputusan rasmi lambat sekali diumumkan seolah-olah memberi petanda sesuatu sedang berlaku dan BN sedang kalah.

sebelum undian pos dikira, calon DAP Wong Ho Leng telah mendahului pesaingnya sebanyak kira-kira 3000 undi, namun undi pos sekali lagi mencipta kejutan dalam siri-siri pilihan raya di Malaysia apabila memihak kepada calon BN sebanyak lebih 2000 undi dan mendekatkan jarak dengan calon DAP sebanyak 398 undi sahaja.

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya apabila SPR seperti terpaksa juga mengumumkan kememangan calon Pakatan Rakyat dari DAP iaitu WONG HO LENG.. Tahniah YB dan selamat bertugas..

KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT

2 comments:

princeduyong said...

adat bertanding...ada menang ada kalah...yang penting...malaysia tetap aman makmur

PiDoT_OtAi said...

betol3... hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK