Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

KAMI GURU MALAYSIA,
BERIKRAR DAN BERJANJI,
AKAN TUMPAHKAN SETIA,
MENDIDIK PUTERA PUTERI NEGARA KITA...


Saban tahun 16 mei datang mengingatkan kita tentang beberapa figura manusia yang telah berjaya mendidik dan memanusiakan kita seperti kita yang ada pada hari ini. Yanag tanpa penat dan jemu menabur bakti dan budi demi untuk memastikan anak didiknya berjaya di hari muka..

ni gambar masa form 1 dengan Puan Zihan


Itulah guru.. satu profesion yang sangat mulia. Kerana dari tangan mereka yang berdebu lantaran contengan kapur di papan hitam, dan tujahan keluar menyembur air liur, kelenguhan tangan menanda kertas dan ujian murid serta empangan air mata yang mengalir keluar dalam perjuanagnnya mendidik seorang bakal manusia..

ni gambar masa form 3 dengan Puan Zanariah

Mereka sanggup mengorbankan diri dan kepentingan mereka semata-mata mahu melihat anak didik mereka berjaya.. Mereka akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan anak asuhan mereka kenal erti kehidupan. Dan yang terlebih penting usaha mereka dalam memanusiakan seorang bakal manusia..

ni gambar masa amik result SPM dengan teacher musliani..



Dikesempatan ini, aku ingin mengungkapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sekalian guru-guru yang telah mendidik aku dari dahulu sampailah sekarang. Dan yang terlebih istimewa buat Murabbiku yang utama iaitu emak aku yang juga merupakan seorang guru..

terima kasih yang tidak terhingga atas segala curahan ilmu dan keringat cikgu-cikgu sekalian. tiada apa yang dapat saya balas melainkan sepotong doabuat kalian semua yang telah berjasa kepada saya.. terima kasih cikgu-cikgu semua.... tak kiralah di Taska Masjid Kulim, atau di Sekolah Kebangsaan Keladi mahupun di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling malah sekalian pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia...

4 comments:

Anonymous said...

selamat hari guru teacherrrsss! :D

PiDoT_OtAi said...

kenang lah jasa orang yang banyak berjasa kepada kita...

Mohamadazhan.com said...

salam abg pidot otai

teringat pula aku kat senior2 smkab dulu, tq upload pic:)

PiDoT_OtAi said...

hehe baguih laa dok teringat.. yg penting sama2 laa kita hargai jasa guru2 yg dah banyak didik kita.. wlu apa kerjaya kita pada masa depan.. jgn penah lupa yg kita ni bermula dari tak dak apa2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK