Thursday, May 27, 2010

TEGURLAH AHLI KELUARGA KITA

Keadaan sosial masyarakat Malaysia seperti yang diceritakan oleh seorang khatib dalam khutbah Jumaat di KL sebulan dua lalu, beliau mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing. Menurut beliau..

1…Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2…Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat? Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang nampak alur bontot tersengeh.

3…Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4…Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5…Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7...Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8...Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah itu, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Nabi Muhammad SAW juga pernah berkhutbah seperti yang dirawikan oleh Abu Sa’id Al-Khudri RA, kata Nabi, “Ingatlah jangan seseorang itu takut kepada orang ramai… sehingga dia berkata benar bila dia tahu perkara yang benar.” Ertinya, jangan ada dikalangan kamu bila melihat perkara sebenar melainkan mesti menyatakan kebenaran, ..dan mencegah mungkar apabila melihat kemungkaran. Jangan berdiam diri dari mencegah mungkar semata-mata kerana takut kepada orang ramai, walaupun pahit akibatnya!

copy dari KERENGGA, tulisan IBNU HASYIM

2 comments:

iamzulfadli said...

Perempuan banyak aurat. kena jagalah.

http://ohserius.blogspot.com

PiDoT_OtAi said...

tapi lani depa lebeih jaga urat dari aurat hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK