Friday, July 23, 2010

HENTIKANNYA DUHAI PARA WANITA



Assalamualaikum semua. Aku mulakan entry ni dengan gambar yang aku copy dari MX (thanks bro)..

Islam datang kepada kita sebagai agama penyelamat. Penyelamat kita untuk hidup di atas dunia yang sementara, dan lebih-lebih lagi sebagai penyelamat manusia di akhirat kelak dari di azab oleh neraka Allah. yang percayalah dan yakinlah takkan mampu kita menanggungnya..

Peraturan menutup aurat yang Allah tetapkan dalam surah an-Nur ayat 31 bukanlah bertujuan menyekat kebebasan berpakaian kaum hawa. Bahkan sebenarnya melindungi mereka dari mata-mata liar serigala bernama lelaki yang bila-bila masa boleh mengganas..

Dan niat menutup aurat itu bagus. Cuma perlulah mengikut tatacaranya yang sebenar. Macam kita menggoreng mi. Takkan sedap mi goreng kalau bahan yang digunakan sekadar mi basah dan minyak. Perlu kepada sambal, kicap, sos, sayur dan sebagainya. Barulah mi gireng tersebut enak di makan. TUTUPLAH AURAT DENGAN SESEMPURNA MUNGKIN..

Perkara ini perlu diperingatkan dari masa ke semasa kerana kewajipan menutup aurat adalah HAK ALLAH.. Allah Tuhan yang mencipa dan menjadikan sekalian alam termasuk kita manusia yang melata di bumi pinjaman ini. Jika peraturan Raja atau Negara kita boleh patuhi takkanlah peraturan-NYA kita tak boleh ikuti.

Mulakanlah langkah masing-masing secara perlahan-lahan. Mungkin dapat dimulakan dengan tudung yang kecil-kecil dulu, tudung botol misalnya. Kemudian ambillah yang lebih besar, tudung saji misalnya. TETAPI TUTP AURAT TETAP KENA TUTUP.. Tiada kompromi kerana ia HAK ALLAH.

sekian, maaf andai ada yang terasa.. Peringatan yang terlebih utama adalah untuk diri yang menulis dan keluarga yang terdekat.

Salam. Peace to all.. v(n_n)v

PSST : lagi artikel hangat di isuhangat


7 comments:

Affan Ruslan said...

hehe. susah betul perempuan yg suka pakai ketat2 ni.
Sedih pun ada jugak.
Diorang taktau agaknya bentuk badan, selain suara juga dapat menarik perhatian lelaki. Ni aku ckp melalui fakta dan pembacaan :)

PiDoT_OtAi said...

lelaki terangsang dengan menglihat.. so tolonglah duhai para wanita sekalian...

ruqaiyyah said...

kalau ade button like,msti sy trus klik! :))

Fatt.Nazz said...

tu la psl otai...
bg kite la kn,if pki yg labuh2 sket or longgar2 sket lg selesa...
nk wt pape pon jd selesa...
klu pki ketat2 ni,ish...nk tunduk nmpk sane..nk wt tu,nmpk cni,kejap2 kang terbukak plk belah laen...jd x selesa plk..
kite ni pon x sesempurna mane..tp klu pmpn tu pki yg btl2 tutup,lg manis n sweet kite tgk..
k la otai,juz my 2 cents opinion...
tpanggil plk nk komen kt cni psl entry otai yg ni..almaklum la kn,sejak2 dh jd wife org ni,kite dh blh nmpk dgn luas mcm2 bnde,n kite rase rugi plk wanita2 yg abaikan aurat dorg tu..
harta bnde wanita hanya utk tontonan suaminye..n jgn la rase rugi if Allah dh tetapkan mcm tu...sbb ade nikmat d sebaliknye...

(wahh otai~~ anak mu dh pandai berkata2 sebegini...hehek...)

PiDoT_OtAi said...

RUQAIYYAH : hehe baru je pasang button like tu

FATT : masa dan pengalaman mematangkan seseorang.. semoga kamu akan menjadi ibu yang baik buat anak2 kamu.. juga tak lupa menjadi isteri kepada suami kamu.. hehe peace yo

sop said...

rasanya ada blog yg menjawap topik otai ini tp lupa dah..
blog tersebut menjawap bg kaum perempuan yg mana bukan sahaja perlu berubah ttp lelaki juga..

sop hanya nak rumuskan kedua2 pihak perlu berperanan. betul tak otai?

PiDoT_OtAi said...

BRO SOP : betul tu bang.. saya sangat2 setuju.. kedua2 pihak perlu berperanan dalam nak mendamaikan hati2 dan mata2 yang melihat.. Lelaki terangsang dengan penglihtan.. Manakala perempuan terangsang dengan sentuhan.. maka berhati-hatilah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK