Friday, September 10, 2010

PERUTUSAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ALLAHUAKBAR (7x) WALILLAHILHAM..


Dengan penuh rendah hati, saya Muhamad Firdaus Bin Yusoff ingin memohon maaf diatas apa jua kesalahan saya kepada sesiapa jua yang mengenali diri ini, tidak kira samada secara sengaja atau tidak, secara langsung ataupUn tidak.. Kemaafan jualah yang ku pohon menjelang lebaran ini..

Saya juga dengan penuh rendah hati ingin memohon maaf andai saja ada keterlanjuran dan kelancangan sepanjang kita semua berkenalan.. Juga mohon dihalalkan segala apa yang terlebih dan terkurang tu..

Juga yang termengata termengutuk termengumpat dan ter ter yang lainnya saya minta maaf ye.. Saya juga manusia biasa yang tak penah lepas dari wat salah dan silap. maafkanlah rakan kalian ini..

Dan sempena nak raya ni juga nak bg ingatan untuk diri sendiri n kawan2 agar kita bersederhanalah dalam menyambutnya.. Seorang ulamak tasawuf memberi definisi hari raya dgn kata2 yg cukup mudah iaitu "Hari dimana seseorang itu tidak melakukan dosa dan maksiat pada Allah, maka itulah hari raya"..

Janganlah setelah sebulan kita train nafsu kita dan kita lepaskan semahunya pada hari raya dengan makan berlebihan.. Makanlah sekadar mengambil hati tuan rumah.. Janganlah semua juadah yg dihidang hendak dijamah.. Maunya tak kembung perut tu (alamak kena kat diri sendiri ni hehe).. Berpada2lah dalam kita menyambut "hari kemenangan" ni k..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK