Sunday, October 3, 2010

Indahnya Pagi Ini..

Pagi ini hawanya terasa menyengat sekali. Bagai menarik aku untuk terus lekat di balik selimut yang terasa hangatnya. Namun panggilan kewajipanku kepada Yang Maha Esa mewajarkan semula pertimbangan akal. Itu lebih berhak aku penuhi dari melayan nafsu yang selamanya tidak akan puas. Ku cuba hadirkan khusyukku dalam solat subuh pagi ini. Semoga Allah menerimanya.

Selesai berdoa dan mahu “menyelam“ semula di atas katil bujangku, seorang sahabat menelefon lalu menyatakan yang dia punya hajat yang meminta ku penuhi. Lalu dengan beratnya hati, aku bersiap sekadarnya untuk menemuinya. Dalam perjalanan aku teringat yang memenuhi hajat sesama manusia juga adalah hak yang perlu aku penuhi.

Saat menghidupkan motor untuk berlalu pergi, perutku terasa sedang menyanyi-nyanyi kecil minta diisi. Lalu aku membatalkan hasrat mahu pulang ke katil empuk dan menghalakan speda motorku kearah Pasar Taman Universiti untuk ku penuhi tuntutan “sahabat” kesayanganku ini..

Dari jauh kelihatan sekumpulan ramai manusia, memenuhi jalan, perpakaian serba putih, menghalangi aku dari terus mara. Oh makcik-makcik dan pakcik-pakcik kursus haji rupanya. Melihat mereka aku teringat ayah dan bondaku di kampung, semoga mereka baik-baik saja. Dan mengenangkan diri sendiri yang entah bila mahu menjejak kaki ke sana. Oh Tuhan bilakah aku ini layak untuk hadir bertandang di Rumah-Mu Baitullah.

Ku kesat sebak yang datang dan air mata yang tertahan-tahan mahu tumpah. Ah pagi ini sangat mendamaikan. Titisan air yang turun menghempas bumi kesan dari hujan malam semalam membuat ia tampak lebih indah. Menyejukkan hawa pagi yang telah sedia sejuk.

Dan kala perut menjeri terlolong minta diisikan, apalah yang lebih nikmat dari 3 bungkus nasi lemak dan secangkir kopi panas aku beli buat menjamu engkau wahat sahabat. Baru masuk suapan kedua, sepasang suami isteri mengambil tempat disebelah mejaku lantaran masing-masing tempat telah penuh dihuni manusia yang tentu saja tujuan mereka sam sepertiku.

Si isterinya bertudung labuh, dan si suaminya masya Allah jernihnya air muka. Aku kira mereka baru saja lepas berjogging, bersenam untuk kesihatan. Ah bilakah kali terakhir aku bersenam. Aku ketawa sendirian. Melihat mereka yang aku agak dalam awal 40-an bermesra ketika bersarapan, mengetuk pintu cemburu. Ah bilakah masanya pula aku mahu seperti itu. Semga Allah telah menyiapkan jodohku yang aku sendiri belum jumpa.

Sudahlah berangan saja kau dari pagi. Bangun. Lamunanku terhenti, bagai baru tersedar dari tidur aku sekonyong-konyong mebayar harga makan dan terus berlalu pulang. Ah jika difikirkan, indahnya pagi ini..

Jiwang pulak aku pagi-pagi ni haha..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK