Wednesday, November 3, 2010

LELAKI DAN PEREMPUAN.. MEREKA BERBEZA..




Ketahuilah olehmu duhai rakan sekalian bahawasanya lelaki dan perempuan itu sangat berbeza dalam serba serbi penciptaannya.. Baik dari segi fizikalnya, mentalnya, malah struktur tulang dan sel kromosom dan hormone juga berbeza.. Jadi berfikirlah seperti pasangan kita sebelum melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu keputusan baik secara bersama atau tidak..

Jika lelaki dikatakan adalah makhluk rasional.. Maka perempuan pula dikatakan makhluk emosional.. Pernah dengar kata-kata.. Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu, sedang perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal?? Kata-kata ini menggambarkan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan RASIONAL dan EMOSIONAL..

Bukanlah mahu meningkah akal logik wanita dalam mengambil sesuatu keputusan, tetapi wanita ni emosinya selalu membaluti akal logik itu.. Dan perkara sebaliknya terjadi kepada lelaki.. Akal logik lelaki selalunya tak disertai bersama dengan emosi..



Baik.. kita ambil contoh satu situasi..

Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di sebuah shopping complex.. Tiba-tiba si suami terlihat seorang perempuan cantik..

Dan tanpa segan silu serta jujurnya dia lantas memuji..
"Cantiknya pompuan tu"..

Dengan tidak semena-mena si isteri dengan mata terbeliak membentak..
"Habis saya ni tak cantik laa??"..

Si suami yang sedang terpinga-pinga terus membalas..
"Eh saya tak kata awak tak cantik, saya cuma kata pompuan tu cantik"..

Dan si isteri dengan geramnya membalas..
"Dah awak kata pompuan tu cantik, maknanya awak nak saya ni tak cantik laa"..

See the point here?? hehe..

Lelaki dengan sifat rasionalnya telah memuji pompuan itu cantik.. Habis fullstop takdak maksud len.. Tetapi dia terlupa nak masukkan sifat emosional dalam berkata-kata.. Dia lupa yang disebelahnya juga perempuan..

Perempuan pula dengan sifat emosionalnya, telah mengambil pujian suaminya ke atas pompuan lain dengan membandingkan dengan dirinya.. They take it personally.. Kerana emosional mereka kuat sampai menutup rasional.. Lupa yang si suami hanya memuji setakat itu saja.. Kerana bagi si suami, isterinyalah tetap yang paling cantik dalam hatinya.. hehe

Dan cuba bayangkan dari permasalahan yang kecil sebegini boleh membawa pentengkaran yang hebat kerana masing-masing si suami dan si iateri terlupa dengan cara berfikir masing-masing..

Dan si suami akhirnya akan berkata..
"Apa salah saya??"..

lalu si isteri pula menjawab..
"Awak selalu tak faham saya"..


Perempuan itu makhluk emosi, jadi duhai lelaki janganlah gunakan rasional anda dalam memenangi hati mereka.. Kerana yang dari hati tak sama dengan yang dari akal...

So apa pendapat anda??

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK