Friday, November 5, 2010

Yang Tersurat Telahpun Tersirat..

Semalam 4 Nov 2010 telah berlangsung pilihanraya kecil bagi Parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Gua Musang, Kelantan. Pilihanraya kecil ini terpaksa diadakan berikutan penyandang bagi kedua-dua kerusi itu telah meninggal dunia dalam kemalangan (Batu sapi) dan akibat barah (Galas)..

Seperti yang dikethui umum, Parlimen Batu Sapi adalah milik BN dan Dun Galas pula menjadi milik PAS.. Namun semalam keadaan telah bertukar.. Rakyat sudah bersuara.. Undi sudah dikira.. Yang menang dan yang kalah sudah jelas tak perlu lagi dicerita.. berikut merupakan keputusan PRK:

Parlimen Batu Sapi..



dan Dun Galas..



Sedikit ulasan tentang apa yang berlaku sepanjang kempen 9 hari pilihanraya kecil ini..

Di batu Sapi..
Kegagalan PKR dan SAPP untuk mencapai persefahaman dalam meletakkan calon bagai menjadi bibit awal kekalahan di Batu Sapi.. Pemilihan yang sepatutnya boleh menjadi dua penjuru diantara BN dan pembangkang telah menjadi 3 penjuru.. Dan langkah PKR meletakkan orang "luar" sebagai calon juga dilihat sebagai faktor kekalahan Pakatan Rakyat.. Selain itu ketiadaan isu juga memperlihatkan jentera pembangkang seolah-olah tumpul dalam mendepani gelombang biru BN..

Di Galas..
Isu Tengku Razaleigh Hamzah yang punya kekuatan akar umbi di Gua Musang tidak dapat dipertikaikan lagi.. Sementelah beliau dilantik pula sebagai Pengarah Pilihanraya BN selain calon sendiri adalah dari kalangan "orang" beliau telah menjadi faktor penentu kemenangan pada pemilihan kali ini.. Selain Pas dilihat terbelit dengan isu tanah dan isu orang asli, BN terus menabur "jasa" dengan menghadiahkan Galas projek bernilai ribuan juta ringgit. Juga isu Nik Aziz memberi rasuah sedangkan dia sebenarnya sedang memberi zakat kepada mualaf juga digembar gemburkan.. Selain itu faktor undi kaum cina yang dilihat beralih kepada BN telah menjadi antara punca kekalahan PAS di Galas..

Apapun pujian dan kredit harus diberi kepada petugas-petugas kedua2-dua kem samada dari BN dan Pakatan Rakyat kerana telah mewujudkan tempoh kempen yang boleh dikatakan tenang sepanjang tempoh berkempen ini.. Apapun yang kalah biarlah kalah bermaruah.. Tak perlulah menuding jari mencari salah siapa.. Post mortem harus dilakukan untuk menggapai kemenangan yang lebih besar di masa depan.. Dana yang menang pula haru segera menunaikan janji dan bersedia menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya..

Dan seperti pilihanraya kecil yang lepas, plot seritanya masih sama.. Bermula dengan serangan peribadi terhadap calon lawan.. Kemudian janji manis pula ditabur.. dan diakhiri denagn mereka2 yang keluar parti.. Dan TV pula seperti biasa, seolah-olah gila meroyan dalam memuji melambung-lambung parti pemerintah.. Haha kadang-kadang rasa nak tergelak plak.. Bila laa orang Malaysia ni nak matang dalam berpolitik??

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK