Sunday, December 5, 2010

GO HOME AND LOVE YOUR FAMILY



Ada banyak kisah tentang kekeluargaan yang disebut di dalam al-Quran.. Antaranya ialah Kisah Keluarga Imran, Keluarga Nuh, keluarga Adam dan Keluarga Ibrahim.. Kerana apa pentingnya keluarga ini?? Kerana dari sinilah bermulanya sebuah empayar tamadun Islam itu sendiri.. Keluarga sebagai komuniti paling asas dalam sesebuah peradaban manusia..

Bagaimana mahu membina empayar jika keluarga sendiri sudah hancur.. Bagaimana mahu dihormati keluarga itu kalau ibubapa dijadikan hamba oleh anak-anaknya.. Kalau ibubapa menganggap anak-anak sebagai beban.. Kalau anak-anak sudah tidak tahu menghormati ibubapa.. Maka demikianlah betapa Islam sangat menitik beratkan pembentukan akhlak diperingkat keluarga lagi..

Malah Islam menjaga perhubungan sebelum dari bermula keluarga itu sendiri.. Bagaimana Islam menjaga perhubungan diantara lelaki dan perempuan.. Bagaimana Islam yang dilihat seolah-olah mahu mengongking naluri remaja baik lelaki mahupun perempuan yang sedang bergelora diamuk cinta.. Betapa Islam memuliakan CINTA dan HASIL CINTA.. Begitulah indahnya kehidupan jika berpandukan agama..

Bagaimana Islam memberi jalan mudah untuk mendapat syurga Allah adalah dengan mempunyai keluarga yang sakinah.. yang menjadi petanda awal sebelum mengecap nikmat syurga nanti...

Sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud..
"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang berbuat baik dengan keluarganya.. Dan aku adalah orang yang terbaik buat keluargaku"..

Kerana itu Mother Teresa saat diwawancara wartawan seusai memenangi Hadiah Nobel Keamanan, apakah petua untuk mewujudkan dunia yang aman? Dia dengan spontan menjawab sesuatu yang mirip dengan hadis Rasulullah yang telah diucap 1400 tahun lampau.. Katanya, "Go home and love your family"

2 comments:

afee ali said...

ohmaigod. 1st time terjah cni tetibe jumpe gmbr yg i bru post kt blog i. ad ms dtg la singgah blog personal i okay :)

PiDoT_OtAi said...

oo yaka.. hehe gambar ni pun cari kat google jaa.. thanks sudi mai blog ni hehe.. nantikan kunjungan balas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK