Sunday, January 16, 2011

MENUJU PAS BARU : KRISIS, PELUANG DAN DINAMISME



Alahamdulillah aku baru selesai menghabiskan satu buku minggu lepas bertajuk "Menuju PAS Baru : Krisis, Peluang dan Dinamisme". Buku tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa. Seorang intelek muda PAS yang sekarang menjadi ahli jawatankuasa PAS Pusat dan mengetuai Lajnah Perpaduan Nasional dalam PAS.

Beliau adalah antara arkitek yang terlibat dalam pembentukan dan seterusnya mengangkat Kelab Penyokong PAS menjadi salah satu sayap parti yang dinamakan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Beliau merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Yusof Rawa, mantan yang Dipertua (sekarang Presiden) PAS yang mana di bawah kepimpinannyalah PAS mengorak langkah baru di bawah kepimpinan ulama..



Buku ini sempat menjadi kontroversi apabila di tolak oleh sebilangan orang PAS sendiri. Namun aku melihat ia sebagai proses biasa. Yalah apa benda pun yang kita buat ada orang suka dan ada yang tak boleh terima.

Sedikit ulasan tentang buku tulisan Dr Mujahid ni. Actually ni buku kedua tulisan beliau yang aku baca. Yang pertama bertajuk "Kitakan Rakyat Malaysia". Walaupun tulisannya agak ilmiah, namun aku sebagai orang muda yang tidak tahu pasal PAS menjadi lebih tahu dan berminat untuk lebih tahu. Gaya bahasa beliau yang dekat dengan orang muda aku rasa antara yang menjadi faktor aku suka tulisan dia.



Menceritakan bagaimana PAS sebagai Parti Islam di Malaysia yang telah melalui dua fasa perubahan dan sedang menantikan fasa ketiga. Kita lihat bagaimana penulis membawa kita merentas fakta sejarah penubuhan PAS yang pada mulanya didokong oleh para Nasionalis Melayu Islam seperti Dr Burhanudian al-Helmy, Prof. Dr. Zulkifli hinggalah kepada zaman kepimpinana Datuk Asri Muda. Dan kemudiannya fasa ini diganti oleh apa yang dinamakan sebagai Kepimpinan Ulama yang dicetuskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa, diteruskan pula oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan hinggalah sekarang PAS dibawah pentadbiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Rentetan fakta sejarah dikemukakan tentang bagaimana fasa-fasa ini terbentuk. Apakah krisis atau masalah yang timbul dalam PAS hingga menimbulkan pergolakan dalam parti Islam terbesar di Malaysia ini. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mendepani masalah dan apakah peluang-peluang yang dapat diambil manfaat darinya, semuanya dihuraikan dengan kemas aku rasa oleh penulis.

Walaupun aku sendiri secara peribadi kurang menyokong beberapa bahagian dari buku ini, namun keseluruhannya ianya baik dan boleh diambil manfaat darinya. Dan aku bukanlah penyokong mana-mana parti politik. Sekadar menambah bahan bacaan mengisi jiwa kosong yang mahukan ilmu dan kebenaran.

Buku ini adalah terbitan The Malaysian Insider.. Sekian.. Selamat membaca

2 comments:

Topek said...

sokong pas.. kita kena bagi peluang pada pakatan rakyat :)

PiDoT_OtAi said...

sokong mana yang betoi.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK