Friday, January 14, 2011

SYAITAN MENGEJUTKAN SOLAT SUBUH


Diceritakan orang bahawa pada suatu hari, Sultanul Ulama dan Waliyullah Syeikh Abdul Qodir al- Jailani telah tertidur hingga hampir masuk kepada waktu subuh. Ini kerana beliau kelelahan akibat aktiviti beliau pada hari sebelumnya..

Melihatkan keadaan ini, syaitan yang telah ditugaskan untuk mengawal beliau menjadi gusar. Lalu dia pun merupakan dirinya menjadi seekor kucing lalu menggigit ibu jari kaki sang Syeikh..

Maka terjagalah Syeikh Albul Qodir al-Jailani dari tidurnya seraya memandang ia kepada kucing tersebut. Dengan karomah yang Allah kurniakan kepada beliau, beliau dapat melihat bahawa yang menggigit kakinya bukanlah seekor kucing bahkan syaitan la jua..

Lalu diapun bertanya, "Mengapakah dikau menggerakkan aku untuk solat Subuh, sedangkan tugas kamu adalah untuk menyesatkan manusia dari ibadah?"..



Lalu dengan berat hati si syaitan ini menjawab, "Ini kerana jika engkau bangun terlewat untuk solat subuh, maka pasti engkau akan menampungnya semula dengan amal ibadah yang melebih-lebih pula. Engkau akan menambah masa membaca al-Quran mu, menambah masa mengajar mu dan menambah pula sedekah mu.. Maka dari itu lebih baiklah aku menggerakkan kamu untuk subuh dari aku disusahkan oleh amalan-amalan kamu nanti"

Moral of the story...

1. Lihat bagaimana syaitan begitu licik menipu kita manusia. Dengan memperlihatkan sepertinya kita beribadah sedangkan pahalanya sudah hilang dilarikan olehnya..

2. Kalau kita ada membuat sesuatu dosa, cubalah untuk menampung dengan amalan2 lain, dan bertaubatlah, semoga Allah mengampunkan dosa tersebut..

6 comments:

eelobor said...

nasib baik tak terlepas subuh tadi... hihihi

PiDoT_OtAi said...

hehe.. sama2 laa kita muhasabah diri.. insya Allah semoga semua akan lebih baik

sipenggalikubur said...

karomah seorang wali Allah..

Naqib Mohamad said...

muhasabah diri sendiri...

Chaoi said...

oh yeker otai..baru tau

Anonymous said...

seo elite seo forum backlinks high quality backlinks

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK